• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Gagal Halang SPR Serah Laporan Sempadan

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Kerajaan Selangor gagal dalam permohonan untuk menghalang Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) daripada mengemukakan laporan persempadanan semula pilihan raya kepada perdana menteri untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.

Kerajaan negeri memohon untuk menghalang SPR daripada menyerahkan laporannya sementara menunggu mendengar rayuan berhubung semakan kehakiman mencabar langkah SPR melakukan persempadanan semula bahagian pilihan raya di Selangor.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang disidangi oleh Hakim Tan Sri Idrus Harun, Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Yaacob Md Sam menolak permohonan kerajaan negeri Selangor untuk menghalang SPR daripada mengemukakan laporan mengikut Seksyen 8 Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan, kepada perdana menteri.

Idrus yang mempengerusikan panel itu berkata mahkamah berpendapat bahawa implikasi daripada perintah sekatan itu, jika mahkamah berhasrat untuk membenarkan permohonan itu, akan menghalang seluruh proses persempadanan semula bahagian pilihan raya di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh iitu, Dewan Rakyat akan dihalang daripada menerima dan memutuskan mengenai laporan tersebut,” kata beliau.

Idrus berkata Dewan Rakyat adalah pihak berkuasa gtertinggi untuk membuat keputusan dalam perkara berkaitan persempadanan bahagian pilihan raya.

Pada 7 Disember tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman Kerajaan Negeri Selangor untuk mencabar cadangan persempadanan semula bahagian pilihan raya yang dilaksanakan oleh SPR di Selangor.

Dalam permohonan iotu, kerajaan Selangor memohon pengisytiharan bahawa cadangan persempadanan semula bahagian pilihan raya hasil kajian pada 2016 oleh SPR, adalah melanggar perlembagaan.

Kerajaan negeri juga memohon pengisytiharan bahawa kegagalan SPR untuk menggunakan daftar pemilih terkini dalam persempadanan itu adalah tidak mengikut perlembagaan.

Rayuan kerajaan Selangor terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Mac.

Peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar mewakili kerajaan negeri sementara peguam kanan persekutuan Datuk Amarjeet Singh mewakili SPR. – BERNAMA

Tags: SPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd