• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Pentingkan Pencapaian, Bukan Logo

oleh AK-47
02/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk menggunakan satu logo atau simbol pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini, bukanlah perkara penting kepada rakyat.

Sebaliknya, rakyat lebih mementingkan pencapaian manifesto yang dijanjikan parti–parti politik yang diundi mereka pada PRU sebelumnya, kata Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) telah berjaya menepati sebahagian besar manifesto yang dijanjikan mereka pada pilihan raya umum lalu pada 2013.

“Pada pilihan raya yang akan datang ini, kita semua akan dinilai dari segi pencapaian kita terhadap janji-janji kita pada pilihan raya yang dahulu (PRU13) dan pilihan raya yang sebelumnya (PRU12) dan bagaimana janji itu ditunai, ditepati atau tidak.

“Oleh itu, walaupun nama (logo) dia bertukar, ia lebih kurang sama sahaja. Tambah lagi, mereka (pembangkang) sudah mempunyai dua buah negeri yang ditadbir. Tentunya rakyat boleh menilai,” kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Baucar BR1M untuk Parlimen Johor Bahru di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Johor Bahru, di sini, hari ini.

Shahrir berkata demikian ketika menggulas hasil mesyuarat Majlis Presiden PH pada Selasa lalu yang sebulat suara memutuskan empat parti sekutu dalam gabungan itu akan bertanding menggunakan satu logo atau simbol pada PRU14 akan datang.

Keputusan itu dicapai berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sehingga kini tidak memberikan jawapan terhadap permohonan PH didaftarkan sebagai gabungan parti yang sah.

Terdahulu, seramai 1,300 penduduk sekitar Johor Bahru hadir menerima baucar BR1M masing-masing. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Shahrir Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrir Pertahan Zahid, Bidas Pemimpin Desak Presiden Umno Letak Jawatan

16/12/2018
0

JOHOR BAHRU - Pemimpin UMNO Tan Sri Shahrir Samad hari ini membidas tindakan beberapa bekas pemimpin kanan parti itu yang...

Siasatan Akaun UMNO Mengikut Akta AMLA Tidak Wajar

30/06/2018
0

JOHOR BAHRU – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberukan akaun UMNO untuk disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd