• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Malaysia Ke-3 Paling Kurang Bercuti Di Dunia

oleh
02/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Warga Malaysia merupakan penduduk ketiga yang paling kurang bercuti di dunia dan menduduki tempat kedua di Asia Pasifik, menurut portal pelancongan Expedia.com.my.

Laman dalam talian itu menyatakan bahawa berdasarkan kaji selidik tahunannya mengenai kekurangan percutian, hampir dua pertiga warga Malaysia yang ditinjau mendedahkan bahawa mereka sangat atau agak kurang bercuti.

Pengurus Besar Expedia Asia Tenggara dan India, Simon Fiquet, berkata bahawa alasan utama kekurangan itu adalah masalah kewangan, keinginan untuk mengumpul hari cuti untuk bercuti lebih lama dan ketidakupayaan mengelak daripada kerja.

Menurutnya, kaji selidik yang melibatkan 15,000 orang dewasa yang bekerja sepenuh masa di 30 pasaran, fenomena kekurangan percutian semakin meningkat di seluruh dunia, dengan 53 peratus responden merasakan bahawa mereka kurang bercuti pada 2017 berbanding 49 peratus pada 2016.

“Berbanding Amerika dan Eropah, Asia-Pasifik mendahului kumpulan itu sebagai rantau paling kurang bercuti, dengan Korea Selatan menerajui senarai, diikuti Perancis dan kemudian Malaysia.

“Malaysia berada di senarai lima teratas negara paling kurang bercuti sejak 2015,” katanya pada taklimat media mengenai hasil tinjauan berkenaan di ibu negara semalam.

Fiquet berkata bahawa tinjauan itu juga menunjukkan seorang daripada tiga warga Malaysia akan memeriksa e-mel atau mel suara yang berkaitan dengan pekerjaan mereka sekurang-kurangnya sekali sehari semasa bercuti dan ini bermakna mereka tidak dapat menikmati percutian mereka sepenuhnya.

Menurutnya, warga Malaysia menghargai cuti mereka dan menyatakan bahawa masa bercuti berkualiti adalah penting untuk daya penghasilan dan prestasi yang lebih baik. Ia juga merupakan aspek penting dalam keseimbangan kerja-kehidupan.

Kaji selidik tersebut mendedahkan bahawa 77 peratus warga Malaysia bersetuju bahawa mereka menjadi lebih tenang selepas pulang daripada bercuti dan peratusan yang tinggi mengatakan mereka akan menjadi lebih produktif dan fokus serta dapat berfikir lebih holistik selepas bercuti.

Encik Fiquet berkata, kaji selidik tersebut mendapati bahawa mereka yang terlibat dalam pemasaran dan industri berkaitan media adalah yang paling kurang bercuti di dunia, diikuti sektor makanan dan minuman serta pertanian.

Sementara itu, Pakar Psikologi Organisasi dan Jurulatih Peribadi Bertauliah O Psych Sdn. Bhd., Hetal Doshi -Suhana Daswani berkata, tekanan tempat kerja dan peribadi semakin jejas kesejahteraan pekerja pada skala global.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah pun mengklasifikasikannya sebagai wabak kesihatan pada abad ke-21. Oleh itu, ambil masa untuk berehat atau bercuti.

“Ia baik untuk pulih mental, fizikal dan emosi daripada tuntutan kehidupan telah terbukti secara saintifik dapat mengurangkan tekanan, meningkatkan kesihatan, daya penghasilan, kreatif dan hubungan.

“Tidak hairanlah terdapat majikan mengamalkan kesejahteraan sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan mereka bagi meningkatkan pengalaman dan prestasi kakitangan di tempat kerja,” katanya. – BERNAMA/haa

Tags: CutiPelancongan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

Aidilfitri: JBPM Beku 80 Peratus Cuti Pegawai, Anggota

Aidilfitri: JBPM Beku 80 Peratus Cuti Pegawai, Anggota

15/04/2023
0

Kuala Lumpur : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan 80 peratus cuti pegawai dan anggota bomba di seluruh negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd