• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PNB Kredit Bonus Khas Pemegang Unit ASB Hari Ini

oleh AK-47
01/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan mengkreditkan bonus khas sebanyak satu sen seunit bagi 10,000 unit pertama kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) hari ini, sempena ulang tahun ke-40 PNB pada 17 Mac 2018.

Bonus khas itu, yang diumumkan pada Disember 2017, berjumlah RM255.12 juta beserta pengagihan pendapatan dan bonus yang telah diagihkan sebelum ini sebanyak RM10.48 bilion, akan memberi manfaat kepada 9.1 juta pemegang unit yang melanggan lebih 145 bilion unit ASB.

Pengagihan pendapatan tujuh sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit untuk ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 telah dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari, 2018.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata dalam satu kenyataan hari ini, bonus khas ulang tahun itu merupakan penghargaan PNB kepada pemegang unit yang sentiasa setia menyokong mereka selama ini.

“Hari ini, syarikat pengurusan unit amanah PNB iaitu Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah syarikat unit amanah terbesar di Malaysia dengan 228 bilion unit dalam edaran yang mana 67.3 peratus adalah unit-unit ASB.

“Kami amat menghargai sokongan pemegang unit dan gembira untuk menghadiahi mereka bonus khas ulang tahun yang dibayar daripada dana proprietari PNB sendiri,” katanya.

PNB berkata, dengan ini, lebih 7.5 juta pemegang unit dengan pegangan sehingga 10,000 unit akan menerima pulangan efektif sebanyak 8.25 sen seunit manakala tambahan 1.7 juta pemegang unit akan menerima sekurang-kurangnya 7.25 sen seunit.

“Pengiraan pengagihan bonus khas adalah tertakluk kepada purata baki bulanan minimum selama 12 bulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, bagi 10,000 unit pertama sahaja,” kata PNB.

Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun masing-masing melalui portal baharu ASNB, myasnb.com.my, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara mulai hari inI. – BERNAMA

Tags: PNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PNB Umum Dividen ASB 5.00 Sen Seunit

23/12/2021
0

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 5.00 sen seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan...

Merdeka 118 Cecah Paras Tertinggi Pada Tingkat 118

08/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Subsidiari milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), PNB Merdeka Ventures meraih satu peristiwa penting selepas menara ikoniknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd