• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas Sindiket Edar Ketum Warga Thailand

oleh AK-47
01/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan 10 pekerja kedai makan warga Thailand di sebuah pangsapuri di Seksyen 17 di sini semalam kerana disyaki mengedar air dan daun ketum.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata kesemua mereka, sembilan lelaki dan seorang wanita yang berumur antara 17 hingga 51 tahun ditahan kira-kira pukul 3.30 petang.

“Serbuan ini dilakukan selepas pihak kami menerima laporan daripada orang awam bahawa terdapat aktiviti menjual ketum di kawasan berkenaan oleh warga Thailand yang bekerja di kedai makan sekitar daerah ini.

“Dalam serbuan ini kami turut merampas 42 kilogram daun ketum, 82 botol ubat batuk, 35 bungkus air ketum yang sudah siap diproses dan wang tunai berjumlah RM5,908,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Baharudin berkata nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM9,370 dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kumpulan itu mendapat bekalan daun ketum dari utara tanah air dan menjadikan rumah yang disewa itu sebagai stor simpanan serta pusat pengedaran ketum sejak enam bulan lepas.

“Mengikut harga pasaran semasa, air ketum yang siap diproses dijual pada harga RM10 sebungkus, daun ketum pula dijual pada RM35 dan ubat batuk antara RM15 hingga RM20 sebotol.

“Semakan kita juga mendapati kesemua mereka tinggal lebih masa kerana tarikh visa lawatan telah tamat tempoh dan mereka direman selama 14 hari bermula hari ini,” katanya.

Baharudin berkata pihaknya turut berjaya menumpaskan empat kumpulan curi motosikal yang bergerak aktif di sekitar daerah ini sejak awal bulan lepas sehingga semalam dengan penahanan 23 lelaki dan seorang wanita berusia 17 sehingga 36 tahun.

Katanya polis turut menemukan 20 motosikal pelbagai jenama yang dipercayai dicuri, 12 rangka motosikal serta pelbagai komponen motosikal dan siasatan awal mendapati motosikal curi itu dijual pada harga RM900 hingga RM2,000 sebuah kepada warga asing dan tempatan.

“Melalui tangkapan ini kami berjaya menyelesaikan kira-kira 30 kes kecurian motosikal di Shah Alam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menyimpan barang curi serta Seksyen 414 kanun sama kerana melupuskan harta curi,” katanya. – BERNAMA

Tags: ACP Baharudin Mat Taib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Lelaki Warga Asing Ditahan Jual Arak Tanpa Lesen

12/03/2018
0

SHAH ALAM - Polis menahan empat penjaga premis warga asing dalam tiga serbuan di Seksyen 27 di sini semalam kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd