• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Hujan Wang Tunai Di Bumi Jakarta

oleh AK-47
01/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pengguna jalan raya di pusat bandar raya Indonesia ini hampir tidak mempercayai mata mereka apabila wang kertas turun dari langit seperti hujan.

Fenomena ‘ajaib’ bergelar hujan duit itu dilaporkan berlaku pada Selasa di Jalan Rasuna Said di Kuningan, Jakarta Selatan, berhampiran kompleks beli belah Plaza Festival.

Menerusi rakaman video yang tular, ribuan wang kertas terdiri daripada not 10,000 rupiah (RM2.85), 5,000 rupiah (RM1.42), dan 2,000 rupiah (RM0.57) dilihat dilempar oleh dua individu dari sebuah kren di sebelah papan iklan.

Kedua-duanya yang dilihat berpakaian ala kontraktor melemparkan timbunan wang tunai berkenaan sehingga membuatkan jalan raya tersebut mengalami sedikit kesesakan lalu lintas.

Seorang saksi memberitahu portal berita Tribun News, insiden itu bermula kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan berlangsung selama 20 minit.

“Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, ada dua individu naik kren dekat papan iklan sebelum melemparkan wang dari atas.

“Saya sempat ikut orang ramai yang menyerbu kawasan itu dan dapat beberapa keping 20,000 rupiah,” kata saksi yang dikenali sebagai Dede.

Walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dari mana-mana syarikat berhubung hujan wang itu, billboard itu jelas memaparkan iklan ‘hujan duit’ bersama logo daripada sebuah syarikat aplikasi.

Perkara itu lantas menyebabkan ramai memberi andaian bahawa syarikat aplikasi itu bertanggungjawab di sebalik apa yang berlaku.

Biarpun nilai wang kertas berkenaan tidak tinggi, namun orang ramai dilihat berebut dalam keadaan berseronok, malah ada mengguna pelbagai alatan untuk ‘menangkap’ wang seberapa banyak yang boleh. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Jakartarupiah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Tidak Bayar Hutang Dibaling Pisang

Wanita Tidak Bayar Hutang Dibaling Pisang

24/06/2023
0

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita membaling pisang ke arah wanita lain yang...

Suntikan Polio Untuk 4 Juta Kanak-kanak

Suntikan Polio Untuk 4 Juta Kanak-kanak

30/03/2023
0

JAKARTA: Kerajaan wilayah Jawa Barat akan memulakan kempen pelalian polio pada 3 April, selepas pihak berkuasa mengesahkan seorang kanak-kanak di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd