KAMI yakin ramai penonton Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) yang disiarkan secara langsung di TV3 pada Ahad lalu tertanya-tanya mengenai ‘kejadian’ lampu chandelier yang tiba-tiba jatuh sewaktu persembahan penyanyi Indah Ruhaila menerusi lagu Percayalah.
Adakah lampu tersebut jatuh secara tidak sengaja atau gimik semata-mata?
Haa.. inilah jawapannya:
http://instagram.com/p/yBvV9pAseH/?modal=true
Menarik juga gimik yang dirancang oleh pihak produksi sebagai simbolik kepada hati yang remuk tatkala mengenang tragedi MH17 dan MH370 kan?
Hmm… sayang pula rasanya bila melihat lampu chandelier secantik itu terhempas ke lantai.
Tapi, tak mengapalah kerana ia berbaloi untuk ‘dikorbankan’ demi menjanjikan persembahan yang akan diingati oleh para penonton sampai bila-bila. Tak gitu?
-MYNEWSHUB.CC
Oleh: ELZA


