• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harta Pusaka: Umat Islam Perlu Amal Hibah

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah umat Islam perlu mengamalkan hibah agar dapat memberi manfaat dalam menyelesaikan beberapa pertikaian berkaitan harta pusaka.

Baginda bertitah hibah perlu dilihat sebagai satu daripada kaedah pelengkap kepada sistem pengurusan pengagihan harta selain memudahkan urusan perpindahan milik.

“Hibah membolehkan seseorang Islam menetapkan agihan hartanya ketika dia masih hidup, yang dapat menghindarkan daripada berlakunya perbalahan dalam kalangan waris selepas kematian,” titah baginda pada Majlis Pelancaran Gerakan Kesedaran Hibah, Peringkat Negeri di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Titah baginda, pelancaran Gerakan Kesedaran Hibah pada hari ini dilaksanakan di seluruh negeri Perak bagi memenuhi lima matlamat utama antaranya memperkenal dan menyedarkan umat Islam mengenai hibah.

Gerakan itu juga bermatlamat untuk menghindar atau meminimumkan umat Islam daripada menghadapi masalah agihan harta pusaka selepas kematian pemilik harta selain bertujuan untuk membimbing serta menggalakkan umat Islam melakukan hibah ketika masih hidup, titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah usaha memperkenalkan hibah perlu diperluaskan ke semua daerah dan jajahan di negeri Perak yang dilaksanakan secara berterusan dan berkesinambungan.

“Hibah, telah beta titahkan dijadikan tema khutbah Jumaat di semua masjid di negeri Perak, pada minggu hadapan. Setiap ketua kepada jabatan, pihak berkuasa tempatan, badan-badan berkanun dan pelbagai agensi di bawah naungan kerajaan beta, hendaklah secara bersungguh, menganjurkan program penerangan hibah kepada para anggota dan ahli keluarga di tempat masing-masing,” titah baginda.

Baginda bertitah agar gerakan menyedarkan dan memperkenalkan ummah mengenai hibah terus diperluaskan oleh semua masjid, surau, pelbagai institusi latihan serta badan-badan bukan kerajaan dan pertubuhan sukarela.

Titah baginda, hebahan mengenai hibah ini perlu diperluaskan agar tercapai indeks sifar masalah, dalam urusan pengagihan harta selepas kematian di negeri ini.

“Makluman mengenai hibah boleh diuar-uarkan secara lebih luas dengan memperkenalkan slot pendidikan dan soal jawab mengenai hibah dalam program-program ‘Perak Fm’. Orang Besar Jajahan dengan kerjasama pegawai tadbir agama di jajahan masing-masing, hendaklah bertindak aktif, merangka pelaksanaan program hibah di setiap masjid di dalam jajahan masing-masing,” titah baginda.

Titah Sultan Nazrin, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bersama Jabatan Agama Islam negeri perlu memainkan peranan menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat mengenai hibah di peringkat negeri dan di peringkat daerah dengan melatih pegawai di semua masjid di Perak agar memiliki pengetahuan untuk memberi khidmat nasihat yang tepat mengenai hibah kepada anggota kariah masing-masing.

Pada majlis hari ini, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan Watikah Lantikan Anggota MAIPk iaitu Md Suaid Din dan Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz.

Sultan Nazrin juga berkenan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian Usahasama di antara MAIPk dan Wasiyyah Shoppe yang dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Datuk Dr Amiruddin Muhamed serta Pengarah Eksekutif Wasiyyah Shoppe, Ariffin Sabirin.

Melalui memorandum ini, MAIPk telah melantik Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai rakan strategik pelaksana yang akan menggerakkan semua aktiviti gerakan hibah di dalam negeri Perak, yang merupakan negeri pertama di Malaysia melancarkan projek gerakan berkenaan yang mengetengahkan hibah sebagai kaedah penyelesaian harta pusaka orang Islam. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: harta pusakaSultan Nazrin Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yakinkan Rakyat Ada Tempat Dalam Keluarga Malaysia – Sultan Nazrin

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Rakyat perlu diberi keyakinan bahawa setiap mereka mempunyai tempat dalam keluarga besar Keluarga Malaysia, titah Timbalan Yang...

PM Zahir Penghargaan Atas Pandangan, Nasihat Sultan Nazrin

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd