• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Ikan Maut Rempuh Pokok

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Seorang pemandu lori yang membawa muatan ikan maut selepas lori yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebatang pokok ru di Kilometer 35.9 Jalan Pantai Kuala Terengganu – Kampung Raja dekat Lembah Bidong, semalam.

Kejadian kira-kira jam 3.10 pagi itu menyebabkan Mohd Azrul Hisham, 32, maut di tempat kejadian, manakala kelindan, Mohd Azuhar Mohd Rosli, 22, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian berlaku apabila lori dipandu mangsa terbabas ke kanan sebelum merempuh pokok ru menyebabkan bahagian kanan lori remuk teruk.

“Mangsa yang tersepit cedera parah di kepala dan badan, maut di tempat kejadian sementara kelindannya hanya cedera ringan,” katanya.

Mohd Azrul dari Projek Kandis, Telong, Bachok Kelantan dikatakan dalam perjalanan menghantar ikan ke Kuala Terengganu sementara kelindannya dari Tawang, Bachok.

Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Besut untuk bedah siasat dan Mohd Azuhar mendapat rawatan di hospital sama.

Sementara itu, orang ramai mengambil kesempatan mengutip ikan yang bertaburan di tempat kejadian. – Sinar Harian

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd