• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Farid Beri Penjelasan Tentang Insiden Hitam

oleh
01/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARI ini, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil telah mengadakan satu sidang media khas dan mendedahkan bahawa Taj (Innuendo) dan Osh (Firdaus) bukanlah dua individu yang meletakkan dadah dalam minumannya tempoh hari.

Baca: 2 Penyanyi Dakwa Dianiaya, Mahu Saman Farid Kamil

Juga: Kes Farid: Taj Innuendo Beri Kerjasama Pada Polis

Pada 11 Januari lalu, Farid telah ditahan di Balai Polis Kota Damansara atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh di balai polis yang menyebabkan kecederaan serta disyaki positif dadah jenis ganja.

“Saya menyebut nama iaitu Osh dan Taj iaitu manager (pengurus) artis dan penyanyi dalam laporan saya tapi agak memeranjatkan apabila dua orang individu yang disiasat adalah orang yang lain,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Menurut Farid, Taj dan Osh mempunyai nama yang serupa dengan dua individu yang mendakwa diri mereka sebagai kerabat Johor dan Kedah.

“Malam sebelum saya ditahan polis ada dua individu yang saya tidak pernah jumpa sebelum ini memperkenalkan diri mereka sebagai kerabat diraja Kedah dan Johor.

“Mereka menggunakan dadah jenis semburan yang dipercayai belum dikesan oleh pihak polis,” ujarnya lagi.

Sidang media itu telah dilakukan di The Loft Event Space, Setia Alam pada sekitar tengahari tadi.

Kehadiran Farid turut diiringi oleh tiga lagi peguamnya daripada Tetuan Faizul Nasir & Co. yang telah diketuai oleh Faizul Mohd Nasir.

Dalam masa yang sama, Farid turut telah memberikan beberapa maklumat berserta gambar kedua-dua individu tersebut tetapi dia berasa agak kecewa kerana ketika siasatan dilakukan, individu yang tampil bukanlah yang dimaksudkan.

“Saya tunggu untuk kawat cam daripada pihak polis tapi daripada gambar yang dikeluarkan di surat khabar ia bukan individu saya laporkan,” tambahnya.

Bagaimanapun, pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu itu juga turut menuntut keadilan serta mendakwa dia telah dipukul oleh 11 orang anggota polis yang berpakaian preman pada malam ketiga dia ditahan.

“Kira-kira pukul 2 pagi lampu tiba-tiba ditutup dan saya terdengar bunyi tapak kaki datang berhampiran dan lampu terbuka semua. Saya kemudian dipakaikan baju berwarna putih dan tidak boleh bergerak dan lampu ditutup semula.

“Saya nampak tiga orang di atas kepala dan kiri dan kanan saya. Masa itu saya fikir matilah saya dan kesan darah banyak di baju kerana luka di dahi. Saya kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Melaya (PPUM),” tambahnya lagi.

Sejurus dibebaskan daripada tahanan polis, Farid telah membuat laporan polis berikutan perkara itu.

Namun menurut Farid, walaupun sudah membuat laporan, maklum balas yang diterimanya daripada pihak polis sangat mengecewakan. – MYNEWHSUB.CC/AH

Tags: Datuk Farid Kamilkes dadahNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd