• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Lulus 367 Dana Unit Amanah Bawah SPA KWSP

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meluluskan 367 dana unit amanah di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP) untuk 2018/2019.

Dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini, KWSP berkata menerusi SPA KWSP, 268 dana unit amanah daripada 22 Institusi Pengurusan Dana (IPD) layak untuk ditawarkan pada tempoh itu.

Berbanding 2017/2018, daripada 373 dana diluluskan, 278 trdiri daripada 22 IPD yang layak ditawarkan

KWSP juga mengeluarkan senarai IPD dan unit dana amanah layak untuk ditawarkan

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif berkata: “senarai unit dana amanah ditawarkan di bawah SPA KWSP meliputi dana yang sudah diteliti menerusi proses penilaian tahunan berdasarkan kriteria ditetapkan KWSP dan diluluskan Kementerian Kewangan.

“Mana-mana dana yang tidak mencapai skor minimum penilaian tahunan, akan digantung dan tidak boleh ditawarkan dalam tempoh berkenaan.”

Bagi tempoh tawaran 2018/2019, skor kelayakan minimum pengiraan Purata Mudah Untuk Pulangan Konsisten (SACR) yang mesti dicapai dikekalkan pada 2.33.

SACR yang diperkenalkan pada 2010, ditingkatkan daripada 2.00 kepada 2.33 pada 2017 untuk menambah perlindungan kepada pelabur dengan menyaring dana berprestasi rendah.

Ia dikira berdasarkan prestasi agregat sesebuah dana dalam tempoh tiga tahun dan dibandingkan dengan prestasi dana setara.

SPA KWSP memberi pilihan kepada ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan melalui IPD dilantik sebagai satu pilihan dan fleksibiliti bagi mempelbagaikan portfolio persaraan dan potensi meningkatkan simpanan persaraan.

Ahli yang memenuhi kriteria Simpanan Asas, layak memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan melalui IPD dilantik.

Jumlah layak dipindahkan dinaikkan kepada tidak melebihi 30 peratus (daripada tidak lebih 20 peratus sebelum ini) setiap tiga bulan daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.

Simpanan Asas merujuk kepada jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi memastikan ahli mempunyai simpanan minimum sekurang-kurangnya RM228,000 apabila mencapai umur 55 tahun.

Kuantum Simpanan Asas menggunakan kadar pencen minimum pesara awam bersamaan RM950 sebulan untuk tempoh 20 tahun dari umur 55 tahun hingga 75 tahun sebagai penanda aras.

Mohamad Nasir berkata, berkuat kuasa 2017, had 30 peratus pendedahan kepada pelaburan asing dimansuhkan supaya ahli yang menyertai skim ini berpeluang melanggani dana yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi serta memanfaatkan pelbagai peluang yang terdapat di pasaran asing.

Penambahbaikan ini mengambil kira jangkaan ahli yang berubah serta perkembangan dalam industri dana, katanya.

KWSP pada masa ini sedang membangunkan portal elektronik SPA (Portal Skim Pelaburan Ahli (e-MIS) yang membolehkan ahli melakukan transaksi secara dalam talian dengan kos yang lebih rendah.

Kemudahan ini lebih fleksibiliti kepada ahli yang memelabur dalam dana unit amanah.

“Platform e-MIS juga memberikan ahli lebih akses dan meningkatkan ketelusan untuk mendapatkan maklumat dana ditawarkan, harga serta prestasi dana di bawah skim SPA supaya ahli dapat membuat perbandingan dan keputusan pelaburan terbaik berdasarkan keperluan serta selera risiko masing-masing,” kata Mohamad Nasir.

Beliau berkata kemudahan dalam talian itu bakal diperkenal menjelang hujung 2019.

Pada masa ini, ahli juga boleh menggunakan Portal Maklumat Dana yang boleh diakses menerusi i-Akaun. Portal ini membolehkan ahli mendapat maklumat mengenai dana unit amanah ditawarkan di bawah SPA serta IPD yang menguruskannya.

Melaluinya, ahli boleh melakukan penyelidikan sendiri sebelum membuat keputusan pelaburan terbaik.

Ahli diingatkan bahawa pelaburan di bawah SPA KWSP adalah pilihan sendiri dan menjadi tanggungjawab mereka sepenuhnya untuk membuat keputusan menyertai skim ini.

KWSP menggalakkan ahli mendapatkan khidmat nasihat daripada penasihat kewangan bertauliah sebelum membuat keputusan melabur, kerana KWSP tidak mengesorkan atau mencadangkan mana-mana dana.

Untuk melindungi integriti skim ini dan kepentingan ahli yang melabur melaluinya, KWSP mengeluarkan garis panduan kepada IPD bagi memastikan mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab secara berhemah.

KWSP juga melantik juruaudit bebas bagi menjalankan pengauditan tahunan ke atas IPD.

KWSP boleh mengenakan tindakan seperti memberi amaran, mengenakan denda, menggantung atau manarik balik pelantikan sekiranya IPD gagal mematuhi arahan dan garis panduan dikeluarkan. – BERNAMA

Tags: KWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd