• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lahad Datu Rekod 64 Kes Denggi Sejak Januari

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Lahad Datu merekodkan 64 kes demam denggi bagi tempoh dua bulan sejak Januari hingga semalam, kata Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Daerah, Stanley Chin Yat Min.

Beliau berkata terdapat beberapa lokaliti baharu kes denggi turut dikesan melibatkan Kampung Takun, Long Pias, Kampung Perpaduan, Kampung Makuo, Jalan Amanah dan Kampung Bangigod.

“Lokaliti di Taman Aman 3, Kampung Sabah Baru, Taman Aman Jaya, Kampung Sri Aman, Kampung Desa Bajau dan kawasan Jalan Dam pula mencatatkan peningkatan kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Chin berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan mahu masyarakat mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan agar bebas daripada pembiakan nyamuk aedes.

“Masyarakat setempat juga perlu memberi kerjasama kepada petugas Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan pembiakan aedes termasuk aktiviti semburan kabus (fogging) di kawasan kediaman masing-masing,” katanya.

Beliau berkata individu yang mengalami simptom awal seperti demam perlu segera ke klinik atau hospital berdekatan sebagai rawatan awal jika terkena demam denggi. – BERNAMA

Tags: Kes Denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petaling Jaya, Cheras, Banting, Nilai Dan Seremban Catat Bacaan IPU Tidak Sihat

Kes Denggi Dijangka Melonjak Naik Hujung Tahun Ini – KKM

03/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kes demam denggi dijangka naik mendadak mulai hujung tahun ini, berdasarkan trend kes sejak 10 tahun lalu, menurut...

Kes Denggi Di Perlis Terus Meningkat

Kes Denggi Di Perlis Terus Meningkat

20/07/2023
0

KANGAR: Kes demam denggi di Perlis terus menunjukkan peningkatan dengan 33 kes dilaporkan pada minggu lalu bermula dari tempoh 9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd