• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vokalis Putera Band, Haziq Terlibat Kemalangan

oleh Haris
28/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Putera Band, Muhammad Haziq Putera, dimasukkan ke Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori, hari ini.

Jelas ibunya, Norhaslinda Ishak, Haziq terlibat dalam kemalangan ketika sedang keluar membeli makanan dengan menunggang motosikal sebelum terlibat dengan kemalangan berdekatan kawasan kediaman mereka, di Setapak, di sini.

Kemalangan tersebut berlaku apabila Haziq gagal mengawal motosikal ditunggangnya selepas memotong sebuah kereta dan melanggar belakang lori yang sedang diparkir di tepi jalan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

“Kejadian berlaku berhampiran rumah ketika Haziq mahu membeli sarapan pagi. Dia mahu memotong sebuah kereta tapi tidak perasan lori yang diparkir di bahu jalan.

“Jadi selepas terlanggar dia tercampak. Dia sedar cuma tak boleh terlalu banyak bergerak kerana tulangnya patah dan ada pendarahan di kepala,” jelasnya.

Jelas Norhaslinda yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Eva, dia kini sedang menunggu pengesahan doktor sama ada Haziq perlu dibedah selepas mengalami kemalangan tersebut.

“Ketika ini, saya masih menunggu untuk mendapatkan pengesahan daripada doktor sama ada Haziq perlu dibedah berikutan kecederaan yang dialaminya.

“Selain kepalanya yang berdarah, tulang rusuk kirinya juga patah. Ketika ini, pernafasan anak saya juga terganggu akibat paru-parunya yang bocor,” katanya memetik portal BH Online.

Buat masa ini, Haziq sedang menerima rawatan di hospital berkenaan dan berada dalam keadaan stabil.

Laman Instagram rasmi Putera Band turut memuat naik satu perkongsian mengesahkan berita mengenai kemalangan Haziq dan turut memberikan perkembangan terbaru bahawa Haziq sini sudah sedarkan diri namun masih belum boleh bercakap.

Di laman Instagram itu juga, peminat-peminat kumpulan tersebut juga manyampaikan ucapan semoga penyanyi tersebut cepat sembuh.

Haziq, yang juga merupakan sepupu penyanyi, Aiman Tino menganggotai kumpulan Putera Band yang mula diperkenalkan pada umum pertengahan tahun lalu.

Selain Haziq, Putera Band turut dianggotai Mohamad Alift Abu Hasan Asa’Ari (dram), Muhammad Aidid Farhan Suhami (bass) dan Mohammad Fitri Abu Hasan Asa’ri (gitar utama).

Mereka merupakan artis di bawah naungan syarikat rakaman FMC Music Sdn. Bhd. dan popular melalui single sulung mereka berjudul Rebahku Tanpamu.

Sekitar September lalu, mereka muncul dengan single terbaharu ciptaan penyanyi meningkat naik, Haqiem Rusli bertajuk Tersiksa yang kini muzik video lagu tersebut mencecah 9.2 juta tontonan di laman YouTube. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Haziqkemalanganloriputera band
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd