• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapten Kapal Didakwa Merasuah Pegawai APMM

oleh Ahmad Albab
28/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Seorang kapten kapal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini atas kesalahan cuba memberi rasuah kepada seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 11 April lalu.

Menurut kertas pertuduhan Chieng Siew Hang, 36, didakwa cuba merasuah seorang pegawai APMM dengan RM1,400 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dilakukannya iaitu tidak memiliki Sijil Keselamatan Mengurus Kapal dan tiada ketua jurutera ketika mengemudikan Kapal Lipo Jaya II di perairan Tanjong Po berhampiran Kuching pada 7.10 malam.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Rasuah Malaysia 2009 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong memerintahkan Chieng membayar jaminan RM8,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin, selepas mendengar permohonan peguamnya William Kong supaya mengurangkan jumlah jaminan atas alasan tertuduh menanggung isteri dan empat anak.

Mahkamah menetapkan 19 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes, manakala 4 hingga 6 April depan sebagai tarikh perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Penyiasat SPRM, Dzulkarnain Rousan Hasbi. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: APMMKapten
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd