• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka Siasatan Kes Kebocoran Kertas Soalan UPSR

oleh AK-47
12/09/2014
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIASATAN kini dilakukan bagi mencari dalang kebocoran kertas soalan Sains Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mengikut peruntukan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Memetik laporan Malaysian Insider,siasatan dilakukan susulan laporan polis dibuat  oleh Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Na’imah Ishak di Ibu Pejabat Polis Putrajaya pada petang Rabu.

“Polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 8 (1) (e) OSA. Tiada tangkapan dibuat setakat ini,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa seperti dipetik oleh The Malaysian Insider.

Lembaga Peperiksaan pada petang Rabu mengumumkan penangguhan peperiksaan UPSR bagi kertas Sains untuk ketiga-tiga sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil selepas mendapati soalan bagi kertas itu bocor.

Peperiksaan yang sepatutnya diduduki pada pagi Khamis tetapi kini ditangguhkan kepada 30 September selepas cuti penggal persekolahan. Sekolah akan bercuti selama seminggu bermula Jumaat ini, sehari selepas UPSR sepatutnya selesai.

Siasatan awal Lembaga Peperiksaan mendapati soalan bagi kertas peperiksaan mata pelajaran itu telah tersebar menerusi media sosial.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam reaksinya meminta maaf kepada semua calon UPSR dan ibu bapa berhubung penangguhan itu. :-MYNEWSHUB.CC

 

Oleh: SYA

 

 

 

Tags: SOALAN BOCORUPSR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

02/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd