• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tak Ada Arak Pun, Orang Luar Je Kecoh” – Neelofa

oleh
28/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELUM habis lagi isu tentang pengacara dan pelakon yang menjadi kontoversi sejak Isnin lalu akibat mengadakan majlis pelancaran koleksi hijab baharu dan sambutan hari lahir di kelab malam terkenal, Neelofa sekali lagi bersuara.

Baca: #ZoukLofa: Naelofa Dilapor Kepada JAWI

Juga: Surat Terbuka Mufti Wilayah Persekutuan Buat Neelofa

Lagi: Lancar Tudung Di Zouk, Lofa Ada Alasan Sendiri

Disebabkan terlampau banyak tohmahan dan kutukan yang diterima selepas majis di Zouk Kuala Lumpur tempoh hari, Neelofa telah dihubungi oleh pihak program MeleTOP malam tadi bagi mendapatkan komen lanjutnya berkaitan isu tersebut.

“Saya tak apa-apa pun (dengan tohmahan) kerana tahu apa yang saya lakukan. Tempat itu sendiri sudah ditukar dari pusat hiburan ke lokasi acara,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.

Malam tadi, tempat Neelofa sebagai pengacara program berkenaan telah digantikan dengan Sherry Al Hadad kerana dia dikatakan mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

Temubual itu telah dilakukan secara live di hadapan semua penonton di studio dan di rumah.

“Tiada alkohol pun dihidangkan. Sesiapa yang ada di situ tahu kisah sebenar. Orang yang tiada di sana pula melebih-lebih,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, ramai beranggapan bahawa strategi pemasaran yang dilakukan oleh Neelofa itu boleh dikatakan telah ‘berjaya’ kerana kesemua koleksi Be Lofa telah habis ‘disapu’ oleh peminat koleksi Naelofar Hijab.

Malah, menurut ibu pelakon drama Red Velvet itu, Noor Kartini berasa sangat gembira apabila hanya dalam masa dua minit sahaja, kesemua koleksi turban itu telah licin!

Bagaimanapun, kebanyakan netizen di media sosial seperti di Twitter masih lagi belum habis bercakap soal apa yang terjadi pada malam Isnin lalu.

Ramai yang beranggapan walaupun mereka tiada di tempat kejadian seperti tetamu jemputan yang lain, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana mereka menyifatkan bahawa Neelofa merupakan seorang usahawan yang kaya dan pastinya dia mempunyai wang yang banyak untuk mengadakan majlis tersebut di tempat lain.

Tapi macam mana pun, kalau dah tuan empunya badan dah cakap macam tu, kita sebagai orang luar dan sebagai tetamu yang tak dijemput, pasti tiada hak untuk mempersoalkan apa yang terjadi pada malam itu. – MYNEWSHUB.CC/AH



Tags: kelab malam Zouknaelofar hijabNeelofaNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

15/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional...

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Netizen mula menyasarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan untuk mengulangi keputusan PRN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd