• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rancangan Lesen, Kawal Selia Mata Wang Digital

oleh AK-47
27/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) tiada rancangan untuk melesenkan atau mengawal selia aktiviti mata wang digital, termasuk pengurup pada masa ini berikutan ia tidak sah diperlakukan atau dikenali sebagai “pengeluar”.

“Bank (BNM) akan terus memantau perkembangan dan menggalakkan ketelusan yang tinggi dalam aktiviti mata wang digital untuk mencegah penyalahgunaan mereka bagi aktiviti jenayah dan membolehkan pengguna memahami dan menilai risiko dengan lebih baik,” katanya.

Orang ramai yang berurusan dengan mata wang digital dinasihatkan supaya berhati-hati, menurut BNM dalam senarai soalan lazim dan maklum balas yang dilampirkan bersama kenyataan mengenai Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT) bagi Mata Wang Digital di sini hari ini.

Mengenai pendekatan BNM terhadap perniagaan pengiriman wang, perniagaan sistem pembayaran dan penyedia perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pengurup mata wang digital (DCE), katanya dasar AML/CFT bagi institusi pelaporan terpakai kepada mana-mana pihak yang menyediakan perkhidmatan berkaitan mata wang digital seperti ditakrifkan dalam dokumen dasar itu.

Selain daripada obligasi yang dikenakan dalam dokumen dasar itu, bank tidak mengawal selia, memberi lesen atau membenarkan aktiviti mata wang digital atau perkhidmatan berkaitan dengan aktiviti tersebut, katanya.

“Dasar AML/CFT bagi institusi pelaporan pada masa ini disediakan bagi perniagaan pengiriman wang dan sistem pembayaran, termasuk yang boleh dikaitkan dengan DCE,” katanya.

Bank pusat berkata tiada sesiapa dibenarkan untuk menjalankan perniagaan pertukaran mata wang digital tanpa mendaftarkan syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

“Bank (BNM) menjangka mana-mana pihak, sama ada tempatan atau asing, dimasukkan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016 jika mereka menjalankan atau berhasrat untuk menjalankan aktiviti tersebut,” katanya.

BNM turut mengingatkan aktiviti berkaitan dengan Tawaran Syiling Permulaan (ICO) di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

“Jika ICO melibatkan aktiviti yang termasuk dalam skop perkhidmatan yang ditakrifkan di bawah dokumen dasar itu, justeru, aktiviti tersebut di bawah garis panduan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: BNM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd