• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Lelaki Ditahan Berhubung Kes Curi Mesin Bitcoin

oleh AK-47
27/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan sembilan individu berhubung kes kecurian mesin bitcoin bernilai lebih RM1 juta menerusi enam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang dan Sarawak sejak 23 Feb lepas sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata semua lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan hasil risikan kegiatan jual beli peralatan mesin bitcoin dalam talian di laman web jual beli dan Facebook.

Katanya berdasarkan laporan yang diterima, sebanyak 153 mesin bitcoin termasuk mesin jana kuasa yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta dilaporkan hilang di Serdang dari 17 Jan hingga 15 Feb lepas.

“Polis turut merampas sejumlah 58 peralatan mesin berkaitan server bitcoin yang berharga lebih daripada RM500,000.

Kesemua tangkapan yang terdiri daripada penjual (yang mencuri), orang tengah serta pembeli mengaku menjual dan membeli mesin bitcoin curi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata penangkapan sembilan lelaki berkenaan berjaya menyelesaikan dua daripada lima laporan kes kecurian mesin bitcoin di daerah itu sejak awal tahun ini.

Megat Mohamad Aminuddin berkata polis sedang mengesan beberapa individu lain yang terbabit dengan kes itu termasuk seorang lelaki yang merupakan dalang dalam kegiatan tersebut.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 357 Kanun Keseksaan, Sekyen 457 dan Seksyen 411 akta yang sama kerana mencuri dan memiliki barang curi. – BERNAMA

Tags: ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat AliasKes Curi Mesin Bitcoin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd