• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lelaki Bersenjata Ditembak Mati Di Ladang Kelapa Sawit

oleh AK-47
27/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Polis menembak mati tiga lelaki bersenjata di kawasan ladang sawit di Batu 2 Jalan Kalabakan-Keningau berhampiran bulatan Kalabakan dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian 3.20 petang itu, sepasukan polis berbalas tembakan dengan suspek yang dipercayai menggunakan senjata rifel dan revolver.

“Kejadian itu berlaku selepas sepasukan polis mengekori sebuah kereta kancil berwarna putih yang dinaiki tiga suspek dalam keadaan mencurigakan dan apabila suspek menyedari diekori polis kereta suspek memecut ke arah Batu 3 Kalabakan-Keningau dan membelok masuk ke sebuah ladang sawit sebelum berhenti.

“Semasa pasukan polis cuba mendekati kenderaan suspek, kelihatan suspek mengacukan senjata api dan telah melepaskan tembakan ke arah polis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, salah seorang suspek melepaskan tembakan menggunakan senjata panjang ke arah polis sambil keluar dari kereta menuju ke kawasan kelapa sawit.

Fadil berkata polis belum mengenalpasti identiti suspek namun dua daripada suspek berusia 40-an.

“Selain senjata api dan kereta kancil, turut dirampas pedang samurai dan topeng,” katanya.

Beliau berkata Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai TImur Sabah (ESSCOM), Datuk DCP Hazani Ghazali akan mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian itu, pada esok pagi. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd