• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerapu Kertang Dan Lembu Sado Jadi Tumpuan

oleh Ahmad Albab
27/02/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – “Seumur hidup, ini kali pertama tengok ikan besar gining (macam ni)! Dok rajin napok, serung rasa! (Tak pernah nampak, takut sangat rasa).

Itu antara reaksi spontan ribuan pengunjung Ekspo Terengganu 2018 yang terkejut melihat saiz sebenar ikan kerapu kertang hibrid dan lembu hibrid atau lebih dikenali sebagai lembu sado yang dipamerkan di ekspo berkenaan.

Reaksi terkejut juga dapat dilihat melalui mimik muka pengunjung terutama kanak-kanak yang teruja dengan kehadiran ikan kerapu dan lembu yang saiznya berkali ganda berbanding saiz normal spesies berkenaan dan sekali gus menjadikan sudut pameran haiwan itu antara tumpuan ribuan pengunjung ke ekspo itu.

Perkataan pertama yang terucap dari mulut mereka juga menggambarkan betapa kagumnya mereka dengan kedua-dua jenis haiwan itu yang terhasil susulan projek penambahbaikan dua jabatan kerajaan iaitu Jabatan Perkhidmatan Veterinar(JPV) dan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Tanjung Demong di Besut.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar swafoto bersama dua spesies haiwan berkenaan.

Ikan kerapu kertang atau nama sainstifiknya Epinephelus Lanceolatus itu yang dibawa khas dari FRI Tanjung Demong diternak untuk menghasilkan benih induk jantan kerapu bagi keperluan industri.

Ia dipamerkan di ekspo itu untuk memberi peluang kepada orang ramai melihat sendiri kecemerlangan FRI Tanjung Demong dan Jabatan Perikanan dalam membangunkan industri penternakan benih ikan kerapu untuk memenuhi keperluan penternak di sekitar Terengganu.

Sebanyak 16 lembu sado yang dipamerkan pula adalah milik penternak dari setiap daerah di negeri ini yang menyertai Pertandingan Lembu Sado anjuran JPV negeri sekali gus memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai peluang untuk menternak lembu sado memandangkan permintaan yang sangat tinggi di pasaran ketika ini.

Sementara itu, peniaga dari Rantau Abang, Dungun Abdul Halim Deraman, 45, berkata bukan hanya dirinya yang terkejut melihat kedua spesies haiwan itu, malah anggota keluarganya yang lain turut merasakan demikian.

“Kami tengok ramai berpusu-pusu ke sudut haiwan ini, jadi kami sekeluarga pun pergi nak tengok apa yang menarik. Tengok-tengok, memang besar sungguh ikan kat sini! Saya dah 45 tahun hidup, ni kali pertama saya tengok ikan dengan lembu besar gitu!

“Anak-anak pun teruja tengok, kami siap ambil gambar…sebab bukan senang ada peluang macam ni. Lembu tu, memang sado (besar) sungguh! Saya pegang badan dia, memang banyak betul isi badannya,” katanya.

Bagi seorang mahasiswa, Fatin Arifah Alias, 24, dari Kuala Besut berkata pameran haiwan itu bukan sahaja memberi keseronokan kepada orang ramai tetapi turut memberi ilmu baharu buat dirinya.

“Selama ni saya tak tahu pun bagaimana ikan kerapu kertang dihasilkan, tetapi selepas melihat sendiri pameran ini dan mendapat penerangan daripada pegawai yang bertugas, barulah saya tahu macamana benih dihasilkan. Ingatkan ikan kerapu kertang tu memang dah wujud sejak azali, rupa-rupanya ianya adalah hasil kacukan.

“Saya rasa rugi kalau orang tak datang ke eskpo ni sebab banyak manfaat dan ilmu yang dapat kita pelajari…tanpa sedar, ekspo ini bukannya untuk suka-suka, tapi banyak faedah yang kita boleh dapat,” katanya.

Ekspo yang bertemakan #TerengganuMolekDoh itu berlangsung selama seminggu bermula Ahad lepas hingga Sabtu ini merupakan penganjuran julung kali kerajaan negeri secara besar-besaran bagi memberi pendedahan kepada rakyat negeri ini mengenai kejayaan dan pembangunan yang telah dilaksanakan. – BERNAMA

Tags: Ekspo Terengganu 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ekspo Terengganu Akan Diperluas Ke Semua Daerah

05/03/2018
0

KUALA NERUS - Kejayaan kerajaan negeri menganjurkan Ekspo Terengganu 2018 memberi inspirasi untuk diperluaskan ke seluruh daerah di negeri ini...

Lebih 85,000 Kunjungi Ekspo Terengganu Hari Ini

04/03/2018
0

KUALA NERUS – Suasana di Ekspo Terengganu 2018 semakin hangat dengan kehadiran lebih 85,000 pengunjung sejak awal pagi hingga tengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd