• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dana RM3.3 Bilion Masih Wujud Untuk PKS

oleh AK-47
27/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Sejumlah RM3.3 bilion dalam pembiayaan bagi modal pusingan dan pembelian jentera untuk perusahaan kecil dan sederhana masih wujud di bawah kelolaan Bank Negara Malaysia (BNM).

Pengarah Jabatan Kewangan Pembangunan dan Perusahaan BNM, Marina Kahar berkata PKS tempatan, termasuk syarikat pemula niaga perlu memanfaatkan dana itu bagi membiayai dan mengurangkan kos operasi perniagaan mereka.

Kemudahan itu boleh dipohon melalui bank-bank komersil serta Islam, institusi pembangunan kewangan dan Credit Guarantee Corp. Malaysia Bhd.

Kekurangan kesedaran mengenai apa-apa dana serta geran yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dan institusi kewangan menjadi salah satu sebab utama mengapa mereka tidak digunakan sepenuhnya, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebanyak 97 peratus sumber terbesar dalam pembiayaan kepada PKS, datang daripada institusi kewangan yang menyediakan gabungan dana.

Sektor perkhidmatan menerajui senarai penerima pembiayaan iaitu sebanyak 63 peratus, diikuti oleh sektor perkilangan (15 peratus), pembinaan (12 peratus), pertanian (enam peratus) dan sektor-sektor lain (empat peratus).

Dana PKS BNM, dana pusingan yang memudahkan dan berpatutan bagi perusahaan itu telah diperkenalkan pada akhir 1990-an dengan jumlah peruntukan sebanyak RM10.4 bilion.

Kata Marina, daripada jumlah tersebut, RM7.1 bilion telah digunakan, memberi manfaat kepada lebih daripada 76,000 PKS.

Institusi kewangan telah mempermudahkan proses permohonan dalam tempoh dua minggu berbanding 70 hari sebelum ini.

“Bagi memastikan PKS dimaklumkan mengenai dasar dan prosedur kemudahan berkenaan, BNM telah memulakan program ‘Train-the-Trainers’ (TTT), bagi melengkapkan pegawai-pegawai bank dengan kemahiran untuk meningkatkan keupayaan, kesedaran dan pengetahuan mengenai hal-hal pembiayaan dan berkongsi pengetahuan tersebut dengan PKS,” katanya.

Sejumlah RM286.7 juta dalam pembiayaan telah didisalurkan kepada PKS yang menghadiri program TTT.

Sehingga sekarang, 26,125 pegawai bank telah menerima latihan khusus bagi membantu dan menasihatkan PKS mengenai perkara-perkara berkaitan pembiayaan manakala 17,043 PKS telah dilatih melalui 341 program berkaitan.

Katanya lagi, antara 2008 dan 2017, lebih daripada 17,000 atau 97 peratus daripada PKS yang bermasalah telah dibantu secara langsung oleh institusi kewangan menerusi penstrukturan semula dan penjadualan semula komitmen, manakala tiga peratus atau 477 lagi dibantu di bawah Skim Penyelesaian Hutang Kecil BNM.

PKS perlu memastikan bahawa pembiayaan tersebut digunakan untuk tujuan perniagaan dan mereka wajar membuat pembayaran balik dengan cepat.

Beliau ketika bercakap mengenai kemudahan bantuan bencana untuk membantu PKS yang terlibat dengan banjir baru-baru ini, memberitahu sejumlah RM500 juta dana yang diperuntukkan untuk tujuan itu masih boleh didapati sehingga 31 Mei 2018. – BERNAMA

Tags: PKS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

PKS Diberi Tumpuan Dalam Bajet 2023 – PM

PKS Diberi Tumpuan Dalam Bajet 2023 – PM

22/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) diberi tumpuan dalam pembentangan semula Bajet 2023 bulan depan. Ikuti Mynewshub: Telegram Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd