• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M, Khairudin Gagal Kemuka Rayuan Saman Awam

oleh AK-47
27/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan gagal mendapat kebenaran untuk merayu berhubung salah laku tort misfeasans dalam saman awam mereka terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Bekas perdana menteri berusia 93 tahun dan Khairuddin, 55, bekas naib ketua UMNO Batu Kawan, telah memohon kebenaran untuk membuat rayuan dalam mengembalikan semula saman mereka yang telah ditolak Mahkamah Tinggi dan keputusannya ditangguhkan Mahkamah Rayuan.

Panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Ketua Hakim Tun Md Raus Sharif dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Sri Balia Yusof Wahi dan Tan Sri Wira Aziah Ali sebulat suara menolak rayuan mereka dan memerintahkan kedua-duanya membayar kos RM20,000.

Dalam keputusannya, Hakim Md Raus yang mempengerusikan barisan panel hakim berkata Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan tafsiran yang dibuat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bahawa Najib bukan seorang pegawai awam.

Beliau berkata perkara itu melibatkan tafsiran Perlembagaan Persekutuan dan statut mengenai maksud “pegawai awam” itu adalah sama ada Najib adalah pegawai awam.

“Oleh itu, ini bukan kes yang patut dan sesuai untuk mendapat kebenaran merayu bagi diluluskan mengikut Seksyen 96 Akta Badan Kehakiman 1964,” katanya sambil menambah mahkamah berpendapat bahawa pemohon Dr. Mahathir dan Khairuddin tidak memenuhi keperluan di bawah Seksyen 96.

Semua pihak dalam kes-kes sivil mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran sebelum mereka boleh meneruskan rayuan mereka ke Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, Md Raus menetapkan 16 April bagi mendengar permohonan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla untuk menarik diri daripada mewakili bekas anggota wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin, 43.

Sebelum itu, Mohamed Haniff cuba menangguhkan perbicaraan dengan mengatakan bahawa beliau tidak dapat menyerahkan permohonan (untuk menarik diri daripada mewakili Anina) mengenai Anina.

Bagaimanapun, Md Raus menolak permohonan Mohamed Haniff untuk menangguhkan pendengaran dan juga permohonan untuk beliau (Md Raus) menarik diri daripada mendengar perkara itu.

Dr. Mahathir, Khairuddin dan Anina Saadudin menyaman Najib pada 23 Mac, 2016, menuduh beliau (Najib) melakukan misfeasans dalam pejabat awam dan bertindak melanggar kewajipan fidusiarinya berhubung pengurusan dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad.

Pada 28 April, tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Najib untuk membatalkan saman itu, memutuskan bahawa perdana menteri bukan seorang pegawai awam tetapi anggota pentadbiran.

Pada 30 Ogos, tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan yang dibawa Dr. Mahathir, Khairuddin dan Anina yang menyebabkan mereka memfailkan satu permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan.

Semasa prosiding, Mohamed Haniff berhujah bahawa terdapat persoalan perlembagaan melibatkan takrifan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam memohon Mahkamah Persekutuan untuk mentakrif “perkhidmatan awam”.

Bagaimanapun, peguam Najib, Tan Sri Cecil Abraham berhujah bahawa kebenaran untuk merayu tidak harus diberikan kerana undang-undang mengenai isu itu telah diselesaikan atas isu-isu yang dibangkitkan peguam pemohon, sambil menambah rayuan pemohon tidak akan mempunyai prospek kejayaan jika mahkamah memberikan kebenaran. – BERNAMA

Tags: Tun Dr Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

20/01/2024
0

PUTRAJAYA - Bangsa Melayu berisiko untuk hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya tidak bersatu padu dari sekarang. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd