• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Senegal Meterai MoU Tingkat Pelancongan

oleh Ahmad Albab
27/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Republik Senegal hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi meningkatkan dan menggalakkan kerjasama dalam sektor pelancongan.

MoU berkenaan ditandatangani oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pelancongan Senegal, Mame Mbaye Niang di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), di sini.

Malaysia dan Senegal bersetuju untuk mengambil langkah-langkah perlu melalui kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan, serta latihan bersama berhubung program berkaitan pelancongan.

Kedua-dua negara juga bersetuju untuk bertukar-tukar bahan publisiti promosi mengenai pelancongan, mengadakan mesyuarat bersama, konvensyen, pameran perjalanan, pameran perdagangan dan lain-lain bidang dalam sektor pelancongan.

Selepas majlis menandatangani MoU itu, satu sesi taklimat untuk delegasi Senegal diadakan oleh Tourism Malaysia dan para perwakilan kemudiannya dibawa melawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan Muzium Negara Malaysia.

Delegasi itu juga melawat beberapa tempat tarikan pelancong di Putrajaya seperti Masjid Putra, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Taman Botani Putrajaya. – BERNAMA

Tags: Nazri Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd