• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Mati Senjata Kimia Gempur Ghouta

oleh Ahmad Albab
27/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIRUT – Tentera Syria dipercayai menggunakan senjata kimia dalam serangan di Ghouta Timur selepas seorang kanak-kanak mati dan sekurang-kurangnya 13 lagi mengalami masalah kesukaran bernafas, kelmarin.

Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia berkata, mereka mengalami kesukaran bernafas selepas bedilan oleh pesawat tentera Syria di perkampungan Al-Shifuniyah di wilayah Ghouta Timur.

“Seorang kanak-kanak mati dan seorang wanita berada dalam keadaan kritikal,” kata pengarah agensi itu, Rami Abdel Rahman.

Seorang doktor, Yaqub, yang merawat mangsa memberitahu AFP, dia mengesyaki senjata kimia itu kemungkinan gas klorin.

Menurutnya, kanak-kanak berusia tiga tahun itu mati akibat kekurangan oksigen.

“Kebanyakan mangsa mempunyai bau klorin pada pakaian. Ramai mengalami kesukaran bernafas dan kerengsaan pada mata,” katanya.

Kumpulan penentang mendakwa rejim Presiden Bashar al-Assad menggunakan senjata kimia termasuk gas klorin, namun Moscow, sekutu kuat Bashar, menuduh pemberontak menggunakan bahan toksik untuk menunjukkan seperti ia dilancarkan tentera Syria.

Syria juga menafikan tentera negara itu memiliki senjata kimia.

Damsyik yang sering menafikan menggunakan senjata kimia dituduh melancarkan serangan gas klorin sejak beberapa minggu lalu termasuk dua kali pada Januari lalu di Ghouta Timur.

Wilayah itu yang terletak di pinggir Damsyik adalah kubu kuat terakhir kumpulan penentang dan diserang hebat oleh tentera rejim sejak pertengahan Februari lalu.

Laporan terbaru mengenai serangan kimia itu menyebabkan Perancis memberi amaran untuk menyerang Syria, manakala pegawai di Amerika Syarikat turut mengeluarkan kenyataan yang sama.

Agensi pemerhati melaporkan 21 kes kesukaran bernafas di Ghouta Timur pada 22 Januari lalu dengan penduduk dan sumber perubatan berkata, mereka mengesyaki ia serangan gas klorin.

Serangan yang sama menyasarkan pinggir Douma pada 13 Januari lalu.

Laporan serangan kimia itu dibuat sehari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak satu gencatan senjata bagi menamatkan serangan paling buruk dalam perang saudara selama tujuh tahun itu.

Lebih 500 penduduk dilaporkan terbunuh dalam serangan udara dan artileri yang dilancarkan rejim itu di Ghouta Timur. – AFP/myMetro Online

Tags: Serangan Senjata KimiaSyria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jumlah Kematian Rusuhan Rwanda Meningkat 11 Orang

Next Post

4 Bot Pukat Tunda Hangus Dijilat Api Awal Pagi Ini

Related Posts

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

Next Post

4 Bot Pukat Tunda Hangus Dijilat Api Awal Pagi Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd