• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Ijok: SPRM Gesa Orang Ramai Beri Maklumat

oleh Ahmad Albab
26/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa semua pihak yang mempunyai maklumat tentang isu tanah di Ijok, Selangor supaya mengemukakan maklumat berkenaan kepada pihaknya.

Timbalan Ketua Pesuruhjayanya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata SPRM sedang memeriksa dokumen berkaitan tanah itu yang dirampas daripada lima syarikat, termasuk sebuah firma guaman Rabu lepas.

Memandangkan siasatan tentang perkara itu masih berjalan, beliau meminta agar suruhanjaya itu diberi masa dan ruang untuk meneliti maklumat yang dikumpulnya.

“Kami berharap orang ramai akan membantu dengan menyalurkan segala maklumat yang mereka miliki tentang isu tanah itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baharu Cina SPRM bersama masyarakat Cina di sini hari ini.

Isnin lepas, Barisan Nasional Selangor berkata pihaknya akan membuat laporan kepada SPRM tentang isu tanah Ijok itu.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Mohamed Satim Diman berkata beberapa peneroka juga akan membuat laporan kepada SPRM berkaitan ketidakpuasan hati mereka tentang pampasan yang diterima kerana ia tidak mengikut harga pasaran semasa.

Berhubung siasatan mengatur perlawanan melibatkan pasukan bola sepak Sarawak pula, Azam berkata siasatan masih dilakukan terhadap dua pemain negeri itu dan seorang lelaki yang dipercayai menjadi ‘bookie’.

“Walaupun dibebaskan dengan ikat jamin, ketiga-tiga mereka tidak dilepaskan daripada tuduhan. Sekali lagi, saya ingin tegaskan bahawa, biarlah kami selesaikan siasatan kami dahulu. Mereka masih belum bebas,” katanya.

Pada 14 Februari, ketiga-tiga mereka ditahan SPRM selepas Persatuan Bolasepak Sarawak melaporkan ia mengesyaki beberapa pemain terlibat dengan perbuatan mengatur perlawanan berikutan kekalahan pasukan itu 3-2 kepada FELCRA United di Stadium Sarawak pada 10 Februari. – BERNAMA

Tags: Azam BakiSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Dakwaan Ugutan Jenayah Babit Azam Baki Dikategorikan ‘Tiada Tindakan Lanjut’

Dakwaan Ugutan Jenayah Babit Azam Baki Dikategorikan ‘Tiada Tindakan Lanjut’

10/06/2026
0

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) akan diambil terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd