• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Janji Bantu Masalah Pasukan Pulau Pinang

oleh AK-47
26/02/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji akan cuba memberi bantuan daripada segala sudut bagi memastikan pasukan Pulau Pinang terus berada dalam saingan bola sepak Liga Malaysia.

FAM dalam satu kenyataan berkata, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia LLP (FMLLP), Kevin Ramalingam telah mengadakan pertemuan khas dengan wakil Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP).

“Pertemuan khas dengan wakil FAP itu bagi mendengar penjelasan berhubung masalah yang sedang dihadapi persatuan berkenaan.

“Selepas mendengar secara terperinci masalah dihadapi FAP, Hamidin berjanji cuba memberi bantuan bagi memastikan pasukan Pulau Pinang terus dapat berada dalam saingan Liga Malaysia termasuk di peringkat Piala Presiden dan Piala Belia,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut FAM, adakah menjadi tanggungjawab FAM selaku badan induk bola sepak di negara ini untuk memantau serta memberi pandangan, sokongan, idea dan kerjasama baik kepada ahli gabungannya.

Jelas FAM, ia supaya mereka tidak lari daripada melaksanakan pentadbiran bola sepak yang baik seperti mana dikehendaki oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan seiring dengan apa yang sering ditegaskan oleh Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pada 9 Oktober tahun lalu, Presiden FAP yang juga Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari meletakkan jawatan susulan prestasi buruk Pulau Pinang terutama selepas tersingkir daripada saingan Liga Super. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Hamidin Mohd Amin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAM Sedia Jadi ‘Orang Tengah’ Selesai Kemelut FAS

12/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia bekerjasama dengan Pesuruhjaya Sukan untuk menjadi pengantara kepada permasalahan yang melanda...

Harimau Malaya Diberi Sasaran Ke Final Piala AFF

17/10/2018
0

PETALING JAYA – Persatuan Bola sepak Malaysia meletakkan sasaran final kepada skuad Harimau Malaya pada saingan Piala AFF (Konfederasi Bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd