• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Model Lepaskan Diri 7 Tahun Jadi Hamba Seks

oleh Ahmad Albab
26/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKHIRNYA selepas tujuh tahun menjadi hamba seks kepada seorang taikun perniagaan di Rusia dan Turki, seorang model, Natasha Serebriy berjaya melepaskan diri.

Natasha yang mempunyai dua orang anak dengan taikun berkenaan yang hanya dikenali sebagai Vyacheslav R, turut mengalami kecederaan.

Dia yang kini berusia 25 tahun juga mengalami kehilangan berat badan. Natasha mendakwa lelaki itu memukul dan merogolnya hampir setiap hari dan ketika berjaya melarikan diri, dia mengalami patah tulang rusuk, tulang pipi manakala kepalanya mengalami kecederaan.

Natasha yang berasal dari Ukraine juga mengalami anaemia selepas tiga bulan kehilangan darah.

Menurut Natasha, Vyacheslay yang tua 20 tahun daripadanya mula memukulnya selepas sebulan bertemu. Ketika itu dia berusia 18 tahun.

Dia dipercayai mengalami sindrom Stockholm iaitu perasaan sayang yang wujud terhadap lelaki yang `menculiknya’.

Selepas melarikan diri, Natasha kini bersembungi di sebuah pusat perlindungan di Rusia. Menceritakan mengenai kesengsaraannya, Natasha memberitahu, dia tidak dibenarkan menggunakan telefon dan semua hubungannya dengan masyarakat telah disekat.

Dia juga akan dipukul di depan dua anak perempuannya.

“Selepas sebulan bertemu, dia mula berlaku ganas terhadap saya. Dia kerap kali memberikan alasan terpaksa memukul saya kerana mahu mengajar saya melakukan perkara yang betul.

“Pada mulanya saya sayangkan dia dan berangan dengan memiliki anak, semuanya akan berubah, Ketika saya mengandung enam bulan, dia membawa saya ke Turki dan saya dilayan seperti hamba,

“Saya tidak berpeluang untuk lari. Semua dokumen saya dipegangnya. Dia melarang saya bercakap dengan kawan-kawan dan ibu saya. Dia memukul saya ketika rakan kongsi perniagaannya mengunjungi kami,” katanya.

Selepas anak sulung mereka berusia 22 bulan, Natasha melahirkan seorang lagi anak mereka. Tiga bulan terakhir dengan Vyacheslav , Natasha hampir mati kerana kehilangan darah. Dia dibenarkan ke hospital namun dua anaknya dijadikan sebagai tebusan, jika Natasha melarikan diri.

Natasha memberitahu kakitangan hospital dan mereka membantunya dengan menipu lelaki itu supaya dua anaknya dapat dibawa ke hospital untuk diambil darah.

Jururawat dengan bantuan doktor kemudiannya membantu Natasha melarikan diri.

Kini, polis Rusia dilaporkan sedang memburu Vyacheslay selepas Natasha membuat laporan polis. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hamba seksmodel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

08/11/2025
0

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Dirakam Ketika Lelaki Buat ‘Live’ Lucah di Kedai Makan OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR...

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

18/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd