• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmee Elias Yang Hilang Ditemui Selamat

oleh Ahmad Albab
26/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kakitangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Azmee Elias, yang hilang sejak 12 Februari lalu, ditemui selamat di rumah neneknya di Simpang Lima, Perserai, dekat Batu Pahat, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Abdul Wahib Musa berkata Azmee, 36, yang merupakan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.

“Mangsa (Azmee) ada di HSNI, mangsa ditemui di rumah nenek mangsa di Simpang Lima, Perserai. Sekarang mangsa sedang mendapatkan rawatan. IO (pegawai penyiasat) kes sedang perjalanan ke Batu Pahat,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Kes kehilangan Azmee yang turut dikenali ‘mie Dark Prince’ sebelum ini tersebar luas di media sosial dan dia kali terakhir dilihat pada 12 Feb lepas di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan sebelum ini dilaporkan berkata kenderaan Perodua Alza milik Azmee ditemui di tepi jalan di Jenderam Hulu dekat Dengkil, Sepang, dengan keadaannya sedikit berselerak.

Beberapa dokumen milik Azmee, antaranya surat pejabat dan peribadi di bahagian hadapan kereta, didapati berselerak walaupun kereta ditemui dalam keadaan berkunci.

Penemuan Azmee hari ini turut tular di laman media sosial dengan dikatakan dia dijumpai bapa saudaranya pada 4 petang di rumah arwah neneknya, dalam keadaan terlentang di hadapan pintu rumah dan tidak sedarkan diri.

​​​​​​​Difahamkan bapa saudaranya itu kemudiannya menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan. – BERNAMA

Tags: HILANG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Britain Hilang Selepas Datang Ke Malaysia Secara ‘Senyap-senyap’

Remaja Britain Hilang Selepas Datang Ke Malaysia Secara ‘Senyap-senyap’

09/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang remaja Britain berusia 17 tahun dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas dipercayai menaiki penerbangan dari negara itu ke...

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

02/06/2025
0

Kuala Lumpur: Pengembara solo warga British dikhuatiri hilang apabila gagal dikesan selepas berkunjung ke sebuah kelab di Bangsar, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd