• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MADA Lancar Kempen Basmi Padi Angin Musim 1/2018

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Bagi menangani masalah pertumbuhan padi angin yang semakin membimbangkan, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah melancarkan Kempen Pembasmian Padi Angin bagi musim 1/2018.

Pengerusi MADA Datuk Othman Aziz berkata keluasan padi angin di kawasan MADA Kedah dan Perlis meningkat hampir 16 peratus atau 16,351 hektar yang melibatkan kerugian antara RM20 juta hingga RM30 juta pada musim 2/2017.

“Pada musim 2/2016 hanya 506.7 hektar kawasan yang terjejas akibat padi angin ini namun ia meningkat kepada 6,008 hektar pada musim 1/2017 dan terus meningkat pada musim 2/2017 dan ini sangat membimbangkan golongan petani.

“Hasil pemerhatian di kawasan yang mengalami masalah ini mendapati perubahan penggunaan varieti, keadaan cuaca tidak menentu dan amalan agronomi yang tidak dipatuhi menjadi antara faktor kepada masalah padi angin ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, MADA telah menjalankan aktiviti memantau tahap keseriusan padi angin dan memberi ceramah bagi memberi pengetahuan dan kesedaran berkaitan masalah padi angin kepada golongan petani.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan meminta supaya golongan petani mengamalkan sistem tiga kali putaran tanah bagi mengurangkan kadar untuk mengalami masalah padi angin.

“Kalau boleh mereka buat tiga kali putaran tanah sebelum tabur benih padi yang baharu. Saya yakin kalau amalan ini dibuat ia dapat membantu mengurangkan jumlah masalah padi angin ini,” katanya.

Terdahulu, Othman telah merasmikan Majlis Penyampaian Insentif Estet Padi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) melalui Program Projek Permulaan (EPP) 10 Musim 1/2018 sempena Ekspo Muafakat Kedah di Stadium Darul Aman.

“Seramai 1,415 peserta projek NKEA EPP 10 di enam kawasan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA telah menerima insentif berjumlah lebih RM3 juta.

“Kerajaan dan MADA telah mengatur pelbagai usaha, strategi dan inisiatif bagi membantu meningkatkan ekonomi selain meringankan beban rakyat dan mengangkat petani sebagai hero dalam menjamin bekalan makanan kepada negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Padi Angin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petani Perlu Guna Teknologi Atasi Masalah Padi Angin

25/09/2018
0

BAGAN SERAI - Kerajaan negeri Perak meminta petani di negeri ini supaya menggunakan teknologi moden atau kaedah sesuai bagi mengatasi...

Elak Padi Angin Dengan Kaedah Tanaman Dan Benih Yang Betul

06/09/2018
0

KANGAR - Masalah padi angin yang sering dihadapi petani sehingga menjejaskan hasil tuaian dapat dielak jika mereka menggunakan kaedah tanaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd