• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Pelajar Dibelasah Tak Ingat Dunia…

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

KES buli seperti tiada penghujungnya, ada sahaja kejadian yang dilaporkan dan ia tidak mengira sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Apa yang lebih mengejutkan, kejadian buli juga sering dilapor membabitkan sekolah yang telah diberi gred berprestasi tinggi.

Terbaharu, tular satu rakaman video memaparkan tindakan sekumpulan pelajar daripada sebuah sekolah ternama di Singapura, membelasah secara bertubi-tubi rakan sekelas mereka.

Kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah Westwood itu dimuat naik di halaman Facebook Fabrications About Singapore dan telah mencetuskan kecaman hebat netizen tempatan.

Menerusi video, mangsa yang tidak bertindak balas itu dilihat dipukul secara betubi-tubi di kepala dan dipijak tanpa belas kasihan.

Dua pelajar juga turut dilihat mencampak kerusi ke arah mangsa yang sedang berada di tempat duduk, di mana sebuah kerusi itu terkena kepalanya.

Kemudian, salah seorang pelajar kemudian menampar mangsa sebelum memukul dan menendangnya hingga mangsa jatuh ke lantai.

Insiden itu dipercayai berlaku pada 9 Februari lalu namun rakaman kejadian tersebut baharu sahaja dimuat naik ke laman sosial.

Menurut pengetua sekolah, Abdul Harris Sumardi, lima pelajar tingkatan tiga yang dipercayai bersekongkol untuk membuli mangsa telah dikenakan tindakan disiplin daripada pihak sekolah.

“Kami sedang bekerjasama dengan ibu bapa pelajar terlibat untuk mengadakan sesi perbincangan dan kemungkinan para pelajar ini bakal dikenakan tindakan tegas.

“Mangsa juga yang merupakan pelajar tahun tiga akan diberikan khidmat kaunseling dan membantunya sabagai memulihkan kembali trauma kejadian,” katanya memetik portal berita Mediacorp.

Sehingga hari ini, rakaman video itu mendapat perhatian netizen dan telah dikongsi sebanyak 4,100 kali dan mengundang lebih daripada 800 komen di pautan video. – MYNEWSHUB.CC

Tags: budak sekolahGejala BuliSingapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Linda Onn Selamat Bersalin Baby Sulung

Next Post

Rumah Transit Pertama Di Ibu Negara Siap 2019

Related Posts

‘Budak Sekolah’ Langgar Polis Dikenakan Bon Berkelakuan Baik

‘Budak Sekolah’ Langgar Polis Dikenakan Bon Berkelakuan Baik

20/11/2024
0

SEREMBAN - Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun dengan wang cagaran RM1,000 oleh Mahkamah...

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Next Post

Rumah Transit Pertama Di Ibu Negara Siap 2019

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd