• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sikap Prihatin Pasukan MU Perlu Dicontohi

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Gaya Hidup, Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sikap prihatin barisan pemain dan pegawai pasukan Melaka United (MU) membantu mangsa kemalangan jalan raya di Jalan Muar-Pagoh malam tadi perlu dicontohi bukan hanya warga sukan malah oleh semua pengguna jalan raya, Kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

Beliau berkata kejadian tersebut berlaku ketika kereta yang dinaiki oleh dua wanita tersebut cuba memotong bas pasukan MU yang dalam perjalanan balik selepas tamat perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.

“Secara kebetulan doktor pasukan MU dan barisan pegawai fisioterapi ada bersama dan mereka telah memberi rawatan awal kepada kedua-dua wanita terbabit yang mengalami cedera ringan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya pasukan MU menunggu sehingga pasukan bantuan PLUS dan ambulans tiba untuk membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Mohd Yusoff berkata beliau memuji sikap prihatin pasukan MU kerana sedia membantu mangsa kemalangan biarpun mereka penat dan kecewa setelah mengalami kekalahan 0-3 di tangan JDT malam tadi.

“Harapan saya apa yang berlaku menjadi teladan bukan hanya kepada warga MU sebaliknya pengguna jalan raya yang lain agar lebih prihatin dan sedia memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya dengan memberi bantuan awal,” katanya.

Kejadian tersebut yang dimuat naik pada laman Facebook rasmi MUSA itu mendapat 4,129 ‘like’ dan pujian daripada peminat bola sepak negara. – BERNAMA

Tags: kemalanganMelaka United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd