• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jutawan Kuok Mahu Cina Perintah Malaysia” – RPK

oleh
25/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“ORANG terkaya di Malaysia, Robert Kuok, percaya bahawa Malaysia dan Asia Tenggara wujud kerana orang Cina. Oleh itu kaum Cina dan bukan orang Melayu harus memerintah Malaysia!”

Demikian dedah pengendali laman sesawang politik tempatan Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin  sebagai merujuk kepada hasrat politik jutawan tempatan yang bernama Robert Kuok Hock Nien atau juga Ching Ching itu.

Menurut penulis prolifik yang pernah ditahan di bawah ISA pada era Tun Dr. Mahathir Mohamad, sejak 2008, Kuok percaya bahawa tsunami Cina telah memungkinkan perubahan ini daripada kerajaan Melayu kepada kerajaan Cina.

“Sekalipun tidak mungkin untuk beliau melihat kerajaan Cina tertubuh di Malaysia, sekurang-kurangnya mungkin kerajaan yang dikuasai atau yang didominasi oleh kaum Cina di mana yang memegang jawatan adalah Melayu.

“Namun kuasa politik sebenar di belakangnya memang didominasi orang Cina,” kata Raja Petra, 67, yang sering dirujuk RPK dalam artikel Kuok Wants Chinese Rule In Malaysia disiarkan portal berbahasa Inggeris itu kelmarin.

Setelah tsunami Cina selesai, bekas aktivis PKR yang dilahirkan di England itu menambah, komuniti Cina di Malaysia kini memerlukan seumpama ‘Tsunami Melayu’ untuk menggulingkan UMNO dan diambil alih oleh DAP.

Menurut beliau, Kuok, 94, melihat kewujudan media propembangkang The Malaysian Insight yang menggantikan The Malaysian Insider sebagai medium terbaik untuk memenangi hati dan minda orang Melayu bencikan UMNO.

Ia perlu dilakukan menerusi siri kempen anti-UMNO dengan agenda politik Cina disebarkan menggunakan ‘muka-muka orang’ Melayu sebagai penyamaran bagi menyebarkan hasutan dan dakyah jahat secara tersembunyi.

“Kuok tahu kawalan media adalah penting tetapi ia tidak boleh jadi media dikuasai oleh Cina jika mahu memenangi orang Melayu dan memastikan berlakunya Tsunami Melayu dalam pilihan raya umum (PRU),” ujar beliau.

Justeru, adalah penting bagi mereka mempergunakan portal ‘orang Melayu’ yang sebenarnya dikuasai oleh orang Cina di belakangnya untuk mencetuskan kebangkitan Tsunami Melayu pada hari PRU ke-14 akan datang.

“Dan media itu ialah The Malaysian Insight,” kata Raja Petra lagi. Hartawan yang menetap di Hong Kong itu pernah dahulu membuat dakwaan bahawa orang Cina adalah kuasa ekonomi yang bantu membangunkan Asia Tenggara.

Bagaimanapun, Kuok percaya bahawa walaupun kaum Cina secara umumnya banyak membantu dalam usaha membangunkan Asia Tenggara, terdapat juga kalangan mereka yang jahat dan telah merosakkan rantau ini.

“Sesetengah usahawan Cina ini boleh menjadi “penjahat yang sangat besar” dan oleh itu penting bagi pihak kerajaan memiliki badan pengawasan yang kuat mengawal selia media,” kata Raja Petra. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Raja Petra KamaruddinROBERT KUOK
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

Guan Eng Saman Raja Petra Tuntut RM20 Juta

14/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng menuntut ganti rugi am sebanyak RM20 juta dalam kes saman fitnahnya...

Isu Terowong: Guan Eng Menang Saman Raja Petra

28/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini berjaya dalam saman fitnah terhadap blogger Raja Petra Raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd