• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cinta Que Pada Lakonan Tinggi, Tak Minta Dihargai

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERDEBATAN antara beberapa anak seni yang sudah lama menapak di industri hiburan bersama dengan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri bagaikan tiada noktah.

Baca: Amyza Aznan ‘Meluat’ Aliff Syukri Minta Bakat Dihargai

Juga: “Jangan Guna Industri Jadi Platform Raih Populariti”

Semuanya terjadi hanya disebabkan kerana usahawan popular tersebut meminta supaya penonton menghargai bakatnya yang masih baharu dalam bidang lakonan.

Namun bagi pelakon yang sudah menceburi bidang seni selama hampir 17 tahun, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 39, langsung tidak pernah meminta sesiapa untuk menghargai lakonannya.

Malah selama 17 tahun itu, Que juga tidak pernah meminta pujian daripada sesiapa dalam setiap lakonan dan dia turut merupakan antara pelakon yang sentiasa merendah diri.

“InsyaAllah saya takkan marah netizen untuk hargai bakat saya dan minta netizen puji lakonan saya, serta memperkatakan tele ini yang terbaik kerana saya yang memilih untuk berada di arena ini tanpa paksaan sesiapa, kerana cinta terhadap seni lakonan itu sendiri,” tulisnya di Twitter semalam.

Kenyataannya itu dikeluarkan bersempena telemovie lakonannya yang berjudul Malek dan bakal ditayangkan di kaca televisyen tidak lama lagi.

Telemovie Malek bakal ditayangkan pada 3 Mac ini di saluran Astro Citra dan Mustika.

Dalam masa yang sama, kenyataan Que turut disokong oleh pelakon dan penyanyi Adibah Noor.

“Tang usaha dia tu je lah..meminta untuk dihargai..tang usaha je, I hargai usaha meminta itu. Tang bakat? Haa? Whaaat? Where?? Like wuttt? Apa-apa pun dik, dia tetap kaya (hantuk kepala kat dinding),” tulis Adibah.

Adibah turut memberitahu bahawa dia sentiasa menghargai setiap karya seni Que dan begitu juga dengan Que.

Malah, pelakon Sharnaaz Ahmad juga tidak ketinggalan bagi memberi sokongan terhadap bapa kepada dua cahaya mata itu.

Selain itu, beberapa peminat turut memberi pendapat bahawa mereka sentiasa menyokong setiap karya yang dilakonkan oleh pelakon filem Lagenda Budak Setan itu.

Bukan itu saja, ada juga yang bertanyakan mengapa telefilem berkenaan tidak diangkat ke layar perak supaya ianya lebih mendapat sambutan.

Namun jawapan suami kepada Linda Jasmine itu mudah sahaja… Iaitu kekurangan budget…

Tambah Que lagi, biarlah dia sekali sekala sahaja beraksi di hadapan lensa kamera kerana baginya yang sekali sekala itulah yang akan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Apa yang penting ialah kualiti sesebuah karya dan bukannya hanya sekadar kuantiti.

Kalau kuantiti yang banyak tetapi tiada kualiti pun tiada gunanya kerana kita dapat lihat kini semakin hari semakin banyak karya yang boleh dikatakan mempunyai jalan cerita yang sama sahaja. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Datuk Seri Aliff Syukrihargai bakatNetizenque haidar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd