• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fajr Ibrahim Tiba Di Kelantan Esok

oleh AK-47
23/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jurulatih skuad kebangsaan Syria, Fajr Ibrahim dijangka tiba di sini esok bagi menyaksikan perlawanan Liga Super di antara Kelantan dan Perak di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam esok.

Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan.

Bibi Ramjani berkata kehadiran Fajr juga bagi melakukan rundingan dengan KAFA berhubung pengisian kekosongan tempat ketua jurulatih The Red Warriors selepas Sathit Bensoh dipecat baru-baru ini.

“Fajr merupakan antara empat jurulatih yang sedang diintai oleh KAFA bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Sathit ketika ini dan tiga calon jurulatih lain ialah dari Croatia, Iran dan Nigeria.

“Fajr dipilih menjadi antara calon mengemudi Kelantan kerana ketegasan beliau dalam membimbing Syria sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

KAFA sebelum ini mengambil tindakan drastik menggugurkan Sathit sebagai pengendali utama Kelantan berikutan kegagalan beliau mencipta kemenangan dalam tiga perlawanan membabitkan pasukan itu dalam saingan Liga Super pada awal musim ini.

Kelantan ketika ini dikendalikan pemangku Ketua Jurulatih Yusri Che Lah.

Bibi Ramjani berkata KAFA memberi peluang kepada Fajr untuk mengikuti perlawanan di antara Kelantan dengan Perak pada malam esok dan pihaknya akan mendengar perancangannya sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kami perlu melakukan penelitian secara mendalam sebelum mengambil sebarang keputusan untuk menandatangani mana-mana jurulatih yang difikirkan sesuai bagi mengelak situasi sama berulang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Fajr Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd