• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

86 Polis Perak Terlibat Jenayah & Salah Laku

oleh Ahmad Albab
23/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Seramai 86 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak terbabit dalam pelbagai jenis jenayah dan salah laku sepanjang tahun lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata lima daripada jumlah itu disiasat berkaitan kesalahan memiliki dadah manakala 26 orang didapati positif dadah.

Beliau berkata selain itu, 33 orang disiasat berkaitan kesalahan jenayah, tujuh orang berkaitan kesalahan syariah dan 15 orang terbabit rasuah.

“Walaupun bilangan ini hanya satu peratus daripada populasi PDRM Perak, namun ia tidak boleh dipandang ringan.

“Ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua polis daerah perlu memainkan peranan yang lebih bertanggungjawab dengan mengambil tindakan awal terhadap sebarang salah laku melibatkan pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah,” katanya.

​​​​​​​Beliau berkata demikian semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan Kontinjen Perak Bagi Bulan Februari serta Majlis Pemakaian Pangkat di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di sini hari ini, melibatkan 105 anggota dinaikkan pangkat ke Sub Inspektor, Sarjan Mejar dan Sarjan.

Sementara itu, Hasnan turut mengingatkan pegawai dan anggotanya supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti gangsterisme yang membawa kepada penyelewengan tingkah laku dan kerosakan akhlak.

Katanya, semua Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah perlu mengambil tindakan segera terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Ini bukan sahaja mencemarkan nama baik pasukan, malah penglibatan dalam kegiatan ini juga boleh memusnahkan masa depan diri sendiri dan keluarga,” katanya.

Hasnan berkata kegiatan gangsterisme turut perlu dihapuskan di setiap daerah bagi memastikan aktiviti jenayah seperti judi dan kegiatan haram lain dilakukan kumpulan tersebut lumpuh. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan

Tags: anggota polisJenayah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd