• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Petani Ditimbus Tanah Runtuh

oleh Ahmad Albab
23/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Sekurang-kurangnya lima petani terbunuh dan 15 lagi masih hilang selepas tanah runtuh melanda kawasan sawah padi yang terletak di lereng bukit di sebuah kampung di Jawa Tengah semalam.

Tanah runtuh yang membawa lumpur dan batu itu berlaku pada jam 8 pagi (waktu tempatan) dan menimbus sekumpulan petani mengusahakan sawah mereka di daerah Brebes.

“Tanah runtuh ini menimbus petani yang bekerja di sawah mereka,” kata jurucakap badan pengurusan bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho.

Seramai 14 lagi petani mengalami kecederaan dan dibawa ke pusat perubatan berhampiran untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, pasukan penyelamat yang terdiri daripada askar, polis dan sukarelawan menggali timbunan tanah untuk mencari mangsa yang masih hidup.

Operasi mencari itu berjalan perlahan kerana pasukan penyelamat masih belum dapat menggunakan jentera berat untuk mengalihkan timbunan tanah dan batu besar.

“Pasukan kami masih belum tiba. Dua jentolak dalam perjalanan ke lokasi tetapi mengalami kesukaran kerana banyak jalan terputus akibat tanah runtuh,” kata pegawai Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional, Noer Isrodin.

Pihak berkuasa juga mengarahkan penduduk yang tinggal berhampiran lereng bukit itu meninggalkan kediaman mereka sehingga keadaan disahkan selamat.

Kejadian tanah runtuh sering berlaku di Indonesia terutama sekali ketika musim hujan dan pembalakan memburukkan lagi bencana berkenaan. – Agensi/myMetro Online

Tags: Petanitanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd