• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Visa Percuma Boleh Dilaksana Sebelum Tahun Baharu Cina

oleh Ahmad Albab
20/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penawaran visa percuma (VFF) kepada pelancong antaranya dari China yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, boleh dilaksanakan sebelum sambutan Tahun Baharu Cina, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata keputusan mengenai tarikh pelaksanaan langkah itu akan diputuskan dalam mesyuarat kabinet esok.

“Visa tidak akan dikenakan bayaran kepada beberapa segmen pasaran kerana berlaku penurunan kedatangan pelancong terutama dari negara China.

“Bagaimanapun, harus diingat visa tetap akan dikenakan untuk menjaga hal ehwal keselamatan kerana dalam kita menggamit pelancong ke Malaysia kita tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Perutusan Khas Perdana Menteri berkenaan perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara, di sini hari ini.

Dalam perutusan khas itu, Najib berkata pemberian visa secara percuma kepada pelancong antaranya dari China adalah sebahagian daripada tindakan dalam strategi untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang, inklusif dan mampan.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta agar pemberian visa percuma itu dikuatkuasakan sebelum Tahun Baharu Cina bagi menarik pelancong negara itu ke Malaysia untuk bersaing dengan negara serantau.

Enam negara ASEAN iaitu Kemboja, Indonesia, Laos, Vietnam, Thailand dan Filipina telah menawarkan visa percuma kepada pelancong China. – BERNAMA

Tags: VisaZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd