• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Belum Terima Isu Sekatan Orang Asli

oleh AK-47
23/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan belum mendapat maklumat terperinci mengenai sekatan laluan pembalakan yang dilakukan sekumpulan Orang Asli di Gua Musang, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata Jabatan Perhutanan Kelantan telah diminta menyediakan laporan tersebut yang dijangka diserahkan kepada kerajaan negeri dalam tempoh terdekat untuk tindakan lanjut.

“Kita sebenarnya tidak tahu apa isu sebenarnya yang dibangkitkan oleh kumpulan Orang Asli terbabit, apapun kita tunggu laporan daripada Jabatan Perhutanan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Perempuan di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Sejak seminggu lalu, sekumpulan penduduk kaum Orang Asli membina sekatan bagi menghalang laluan lori mengangkut balak dari kawasan hutan Pos Simpor sebagai bantahan terhadap aktiviti pembalakan yang didakwa memusnahkan hutan dan mencemarkan sungai.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Datuk Zahari Ibrahim berkata pihaknya akan melakukan kajian dan pemantauan mengenai dakwaan penduduk Orang Asli berkaitan pencemaran sungai akibat aktiviti pembalakan.

Katanya pelbagai dakwaan dibuat oleh golongan terbabit termasuk penggondolan yang memusnahkan ekosistem di kawasan mereka.

“Justeru, dalam tempoh pemantauan dan kajian dilakukan kira-kira dua minggu, kita tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka selagi hasil kajian belum diperoleh,” katanya.

Beliau berkata kajian dan pemantauan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar dan agensi penguat kuasa lain yang berkaitan dan laporannya akan dibentangkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan Spekulasi Punca Peletakan Jawatan Agong

07/01/2019
0

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan hari ini meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca peletakan jawatan Sultan...

Bubar UMNO Yang Sudah Tiada Masa Depan – Mohd Amar

26/12/2018
0

KOTA BHARU - Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengulangi pendapat peribadinya bahawa UMNO sudah tidak mempunyai masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd