• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Jong-nam: Siti Aisyah ‘Prank’ Guna Minyak Bayi

oleh AK-47
24/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Siti Aisyah, yang dituduh membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, menggunakan minyak bayi ketika melakonkan beberapa babak ‘usikan’ (prank) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) beberapa hari sebelum Kim Chol mati disapu racun VX di mukanya.

Babak ‘usikan’ itu dilakukan oleh wanita warga Indonesia itu pada 3, 7, dan 11 Februari 2017 iaitu sebelum serangan bunuh terhadap Kim Chol berlaku di klia2 pada 13 Februari 2017 dan wanita itu dibayar US$550 (RM2,156) untuk lakonan itu oleh seorang lelaki dikenali sebagai Chang.

Chang atau Hong Song Sac merupakan salah seorang daripada empat suspek yang masih bebas dalam kes bunuh berprofil tinggi itu.

Chang diperkenalkan oleh seorang lelaki bernama James atau Ri Ji U kepada Siti Aisyah di Lapangan Terbang Phnom Penh, Kemboja pada 21 Januari 2017.

Perkara itu dicadangkan peguam Gooi Soon Seng yang mewakili Siti Aisyah, 26, semasa menyoal balas Pegawai Penyiasat, ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz, 40, pada hari ke-30 perbicaraan kes pembunuhan Kim Chol di Mahkamah Tinggi di sini dan saksi kesembilan itu bersetuju dengan kesemua cadangan Gooi.

Siti Aisyah dan wanita Vietnam, Doan Thi Huong, 29, didakwa membunuh Kim Chol bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, klia2, Sepang pada 13 Februari 2017.

Pada hari sama melakukan ‘prank’ di KLIA pada 7 Februari, Siti Aisyah memuat naik posting dalam Facebooknya berbunyi “last day shooting mudah-mudahan dikasi kepercayaan lagi, diperpanjang lagi kontraknya, walaupun badan lelah tetap semangat.”

Posting itu dikemukakan Gooi kepada saksi yang kemudian menjawab “saya bersetuju” (berdasarkan kepada posting itu).

Selain ‘prank‘ menggunakan minyak bayi, Siti Aisyah dalam rakaman percakapannya turut menyatakan dia telah diminta oleh James untuk menyapu losyen ke muka mangsadari arah belakang dan segera meninggalkan lokasi dan ia dilakonkan di klia2.

Terdahulu, Wan Azirul Nizam tidak bersetuju dengan cadangan Gooi bahawa Chang telah meminta Siti Aisyah ke Macau, China pada 8 Februari 2017 bagi tujuan melakukan ‘prank’ dan telah diberikan RM4,000 untuk pembelian tiket penerbangan.

Saksi itu, bagaimanapun, menjawab ‘tidak pasti’ dengan cadangan peguam itu bahawa kunjungan ke Macau itu telah dibatalkan.

Mengenai hubungan antara Siti Aisyah dengan Doan, saksi itu bersetuju dengan cadangan Gooi bahawa kedua-dua wanita itu langsung tidak tahu atau kenal sesama mereka dan tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV ) menunjukkan kedua-dua tertuduh bercakap pada bila-bila masa pada hari kejadian ‘serangan bunuh’ itu berlaku.

Kepada soalan Gooi, adakah dalam siasatan kes itu, terdapat profil DNA tertuduh Siti Aisyah atas pakaian atau badan Kim Chol, saksi itu menjawab “tidak ada”.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung 27 Februari ini – BERNAMA

Tags: Kim Jong-NamSiti Aisyah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Prank’ Ubah Perjalanan Hidup Siti Aisyah

30/09/2019
0

JAKARTA - "Saya tidak tahu apa yang telah saya lakukan. Mereka berjanji akan menjadikan saya seorang bintang. "Saya berasa bodoh...

Kim Jong-nam Sumber Maklumat CIA

11/06/2019
0

WASHINGTON – Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang dibunuh di Malaysia pada tahun 2017 adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd