• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Buru 2 Suspek Bantu Kes Rompakan Kapal

oleh AK-47
23/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang memburu dua suspek warganegara Indonesia bagi membantu siasatan kes rompakan kapal tangki MT MGT-1 di perairan Terengganu pada 6 Sept tahun lepas.

Pengarah Unit Komunikasi Korporat APMM Faridah Shuib dalam kenyataan berkata dua suspek berkenaan dikenali sebagai Udin Jawi dengan nombor pasport A6853158 dan Arjuna dengan nombor pengenalan diri (82080003770).

Katanya kes berkenaan melibatkan Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana melakukan rompakan secara berkumpulan serta bersenjata.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau mengenali dua penama berkenaan supaya menghubungi Left Komander (M) Mohd Faizal Abdul Rahman atau Left (M) Mohd Syahrul Ehsan Abdullah di talian 03-89957813 daripada Cawangan Siasatan Jenayah Maritim, Ibu Pejabat APMM Putrajaya atau ke pejabat APMM yang berhampiran,” katanya.

Pada 11 Sept lepas, Heinrick Piterson Parera, 59, yang merupakan perancang utama dalam rompakan kapal tangki yang berpangkalan di Thailand itu ditahan pihak berkuasa.

Parera bersama dua lagi yang masih bebas dan 11 yang telah ditahan didapati melakukan rompakan bersenjata secara berkumpulan kapal MT MGT-1 milik syarikat Marine Global Transport yang ketika itu membawa 2.2 juta liter minyak diesel bernilai RM7 juta di perairan Terengganu.

Parera, kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu bersama 10 yang lain selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut. – BERNAMA

Tags: APMM Faridah Shuib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd