• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Perlu Menang Tarik Kembali Penyokong

oleh Ahmad Albab
22/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Perlawanan menentang Perak di Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu ini, penting bagi Kelantan untuk memperoleh kemenangan sulung bagi mengembalikan kepercayaan penyokong terhadap pasukan itu.

Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berkata tiga mata itu amat diperlukan pasukannya untuk memberi saingan kepada pasukan lain, sekali gus dapat membantu mengeluarkan pasukan itu daripada kedudukan tercorot Liga Super.

“Semua pemain tidak boleh mengalah sebaliknya terus menggandakan usaha untuk memperoleh kemenangan pada Sabtu ini, walaupun kami mengetahui pasukan Perak sekarang berada pada prestasi yang baik,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Selepas tiga perlawanan, Kelantan hanya memperoleh satu mata hasil seri 1-1 bertemu Terengganu di halaman sendiri, manakala dua aksi di tempat lawan menyaksikan Kelantan tewas kepada Pahang dan Melaka United.

Khairul Fahmi berkata walaupun ketiadaan Ketua jurulatih Sathit Bensoh yang digugurkan minggu lalu, rakan pasukannya perlu mematuhi arahan dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pemangku Ketua jurulatih Yusri Che Lah. – BERNAMA

Tags: Khairul Fahmi Che Mat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khairul Fahmi Belum Fikirkan Tawaran MUSA

30/10/2017
0

KOTA BHARU - Penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat belum memikirkan tawaran dikemukakan Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd