• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Di Tangga 62 Indeks Persepsi Rasuah 2017

oleh Ahmad Albab
22/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia berada di tangga ke-62 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah 2017 (CPI) berbanding ke-55 daripada 176 negara pada 2016.

Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar berkata Malaysia mencatatkan skor 47 daripada 100 dalam tinjauan CPI tahun lepas.

Skor dan kedudukan dalam CPI ditentukan menurut tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara berdasarkan skala ‘kosong’ (dianggap paling rasuah) kepada 100 (paling bersih).

“Di ASEAN, Malaysia antara tiga negara teratas selepas Singapura dan Brunei,” katanya semasa mengumumkan keputusan CPI 2017 pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata berbanding negara ASEAN lain, Malaysia berada di belakang Singapura (ke-6) dan Brunei (32) namun di depan Indonesia (96), Thailand (96), Vietnam (107), Filipina (111), Myanmar (130), Laos (135) dan Kemboja (161).

New Zealand berada di kedudukan teratas dengan skor 89 diikuti Denmark (88) manakala Finland, Norway dan Switzerland berkongsi tangga ketiga dengan skor 85 masing-masing.

Akhbar berkata negara di tangga terbawah ialah Yaman, Sudan, Afghanistan, Syria, Sudan Selatan dan Somalia.

Bagi membaiki kedudukan Malaysia dalam indeks itu, beliau berkata TI-M menggesa kerajaan terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat kes rasuah secepat mungkin. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd