• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuah Besar, Beli Teko Antik RM81 Tetapi Jual RM3 Juta

oleh AK-47
22/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INILAH yang dikatakan untung besar! Beli murah tetapi bertuah pula dapat jual semula dengan harga yang sangat tinggi.

Baru-baru ini seorang lelaki di England tidak menyangka sebiji teko rosak yang dibelinya pada 2016 lalu bakal menjadikan dirinya sebagai seorang kaya raya.

Lapor portal BBC, pengumpul berkenaan membeli teko putih biru itu dengan harga yang sangat murah, iaitu 15 pound (RM81) dalam satu acara lelongan di Lincolnshire.

Namun apa yang mengejutkan ialah dia berjaya menjual semula teko antik berkenaan kepada seorang pembida pada harga 575,000 pound (RM3.13 juta)!

Dia mulanya menyangka ia hanyalah teko biasa sehinggalah seorang pakar seramik, Clare Durham memberitahu ia merupakan barangan ‘super antik’ yang begitu sukar untuk ditemui.

Menurut Clare, wanita itu mengesyaki porselin itu bukan berasal dari Britain namun setelah membuat kajian lanjut, beliau akhirnya menyedari ia adalah hasil tangan Bartlam.

“Teko ‘cabuk’ itu sebenarnya merupakan porselin pertama yang dihasilkan di Amerika Syarikat, kira-kira 250 tahun lalu.

“Ia adalah hasil seni seorang ekspatriat Britain, John Bartlam yang berdagang merentasi Lautan Atlantik untuk menunjukkan bagaimana porselin dihasilkan,” katanya.

Hasil kerja Bartlam dikatakan terlalu bagus sehingga membuatkan usahawan tembikar, Josiah Wedgwood berasa terancam kerana perniagaan eksportnya terjejas teruk ketika zaman itu.

Perniagaan Bartlam kemudian tenggelam ketika Revolusi Amerika dan hasil buatan tangannya hampir mustahil dijumpai sehingga ke hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: antikEnglandteko
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

England Isytihar Kemarau Di Lapan Kawasan

England Isytihar Kemarau Di Lapan Kawasan

14/08/2022
0

LONDON – Lapan buah kawasan di Britain secara rasmi diisytiharkan mengalami kemarau akibat suhu tinggi dan taburan hujan yang rendah,...

Euro 2020: Sterling, Kane Wira England Singkir Jerman

30/06/2021
0

LONDON - England mara ke suku akhir Euro 2020 selepas menewaskan Jerman 2-0 hasil jaringan Raheem Sterling dan Harry Kane...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd