• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jokowi Tebus Album Metallica RM3,148

oleh AK-47
23/02/2018
dalam Artis, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN Indonesia, Joko “Jokowi” Widodo telah menebus set koleksi album Master of Puppets edisi terhad kumpulan Metallica yang sebelum ini diserahkan kepada Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK).

Jokowi menyerahkan album itu kepada badan pencegahan rasuah republik itu bagi mengelakkan konflik kepentingan, menurut jurucakap KPK Febri Diyansyah dalam laporan The Jakarta Post, hari ini.

Dikenali ramai sebagai seorang peminat muzik metal, Jokowi telah menerima set dua piring hitam itu sebagai hadiah oleh Perdana Menteri Belanda, Lars Lkke Rasmussen pada 28 November tahun lalu semasa lawatan rasminya ke Indonesia.

Jokowi kemudiannya menyerahkan hadiah tersebut kepada KPK, yang mengisytiharkan album tersebut sebagai inventori negara pada 31 Januari lalu.

Namun, mungkin kerana asyik ‘terkenang’, Jokowi mengambil keputusan untuk menebus vinyl tersebut dengan harga 11 juta rupiah (RM3,148)!

Master of Puppets dianggap sebagai album paling berpengaruh Metallica, terjual lebih 10 juta salinan di seluruh dunia dan menjadi album metal pertama yang disenaraikan di dalam perpustakaan Kongres Amerika Syarikat (AS).

Kata Febri lagi, tindakan Jokowi itu akan memberi contoh yang baik kepadapegawai kerajaan yang lain yang menerima hadiah daripada pemimpin luar negara di masa hadapan.

“Ini bukan tentang isu wang yang dibayar, tetapi kesedaran yang konsisten tentang rasuah daripada skala yang kecil,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Joko Widodometallica
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Tersandung Ketika Naik Tangga, Sempat Dipapah Jokowi

Presiden AS Tersandung Ketika Naik Tangga, Sempat Dipapah Jokowi

16/11/2022
0

JAKARTA: Presiden Amerika Syarikat (AS) tersandung ketika menaiki tangga menunju ke Taman Hutan Raya, Bali dan sempat dibantu oleh Presiden...

Jokowi Tidak Minat Jadi Presiden Penggal Ketiga

Jokowi Tidak Minat Jadi Presiden Penggal Ketiga

06/09/2022
0

JAKARTA: Joko Widodo (Jokowi) tetap dengan pendirian untuk tidak bertanding semula jawatan sebagai Presiden Indonesia untuk penggal ketiga. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd