• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gara Gara Artikel ‘Lahad Datu’, Blogger PKR Dipenjara 2 Tahun

oleh AK-47
20/01/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG blogger terkenal pro-PKR, hari ini disabitkan bersalah di bawah Seksyen 505, Kanun Keseksaan di Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah.

Susulan itu blogger Milosuam atau nama sebenarnya, Yusuf Al Siddique Suratman, 30, dijatuhkan hukuman penjara maksimun 2 tahun.

Yusuf disabitkan bersalah melakukan khianat awam kerana memuatnaik artikel bertajuk “Pendatang asing bakal cetus huru hara di Sabah?” susulan insiden pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu pada 2013.

Dalam artikel tersebut yang turut diselitkan dokumen didakwa Yusuf diperoleh daripada pihak polis, dia membayangkan 1,500 pendatang asing mampu mencetuskan huru hara di Sabah, sekaligus didapati boleh mencetuskan ketakutan awam.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan kes.

Dalam pada itu para peguam dari Lawyers for Liberty (LFL) menyifatkan keputusan mahkamah tersebut berbaur politik.

LFL mempertikaikan mengapa Yusuf didakwa dan dihadapkan ke mahkamah di Kota Kinabalu sedangkan dia ditahan di Kuala Lumpur pada Mei 2013. -MYNEWSHUB.CC

Tags: bloggermilosuam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Blogger Direman Bantu Siasatan Rasuah Projek Bernilai RM41 Juta

Blogger Direman Bantu Siasatan Rasuah Projek Bernilai RM41 Juta

12/05/2023
0

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang blogger bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah dalam satu projek...

Malaun Blogger ‘Tiada Telor’

03/01/2022
0

Sejak semalam kecoh berhubung pihak cuba membuat petisyen hilang kepercayaan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Secara tidak langsung bermakna hilang kepercayaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd