• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

95% Pelajar PERMATApintar Ikuti Pengajian STEM

oleh AK-47
22/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Kira-kira 95 peratus daripada 579 lepasan Pusat PERMATApintar memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pengarah Pusat PERMATApintar Negara, Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak berkata menghasilkan para saintis merupakan visi utama Pusat PERMATApintar lebih-lebih lagi dengan cabaran Revolusi Industri 4.0.

Menurutnya, sebahagian besar lepasan Pusat PERMATApintar Negara kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di dalam dan luar negara, sembilan orang sedang mengikuti program sarjana manakala 11 lagi sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah.

“PERMATApintar tidak pernah ketepikan sains sosial sebab ada pelajar yang minat dalam bidang arkitek dan undang-undang. Jadi apa yang PERMATApintar lakukan ialah didik para pelajar berkenaan untuk menjadi seorang saintis tidak kira sama ada minatnya dalam STEM atau tidak.

“Jika bidang yang dipilih bukan STEM sekalipun, pelajar berkenaan boleh berfikir dan membuat keputusan secara sistematik selain membuat kenyataan bersifat hipotetikal,” katanya kepada pemberita pada Hari Kerjaya 2018 di Pusat PERMATApintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Mengenai Hari Kerjaya itu, Noriah berkata penganjuran yang memasuki tahun keempat itu adalah untuk memberi pendedahan berkaitan peluang melanjutkan pengajian dalam bidang yang bersesuaian dengan minat pelajar serta prospek kerjaya.

Sebanyak lapan penaja pendidikan termasuk Yayasan Tenaga Nasional, Petronas dan Sime Darby menyertai Hari Kerjaya kali ini.

Program PERMATApintar Negara dilancarkan pada Mac 2009 dengan UKM dipilih sebagai agensi pelaksana. Program PERMATA merupakan cetusan idea isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung PERMATA. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Noriah Mohd Ishak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd