• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amuk Tayar Kereta Dikunci Parkir Di Kawasan Salah

oleh Ahmad Albab
21/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH… Seorang lelaki ‘naik angin’ apabila mendapati tayar keretanya dikunci petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) lalu memanjat kenderaan itu dan mengamuk semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi di Jalan Pudu itu, lelaki berusia lingkungan 30-an itu memandu Proton Perdana dan meletakkan kenderaannya di depan sebuah bank.

Bagaimanapun, tayar kereta itu dikunci oleh petugas DBKL kerana ia diparkir di kawasan larangan.

Menyedari kenderaan itu dikapit, lelaki berkenaan mengamuk sebelum memanjat bonet depan keretanya sambil menjerit.

Video lelaki berkenaan mengamuk berdurasi 0.41 saat itu tular di laman sosial, semalam.

Difahamkan, lelaki berkenaan kemudian membayar denda sebelum keretanya ‘dilepaskan’ petugas DBKL. Gelagat lelaki itu mendapat perhatian orang ramai yang melalui jalan berkenaan.

Sementara itu, jurucakap DBKL ketika dihubungi, di sini, semalam, memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

“Setakat ini tiada laporan dibuat berhubung kejadian dan kes dianggap selesai,” katanya. – myMetro Online

Tags: amukDBKL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd