• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Turki Pertimbang Mengkasi Pendera Kanak-Kanak

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Kerajaan Turki, hari ini sedia mempertimbang untuk memperkenalkan hukuman pengkasian kimia ke atas pendera kanak-kanak.

Ia selepas beberapa kes serangan seksual terhadap golongan itu mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Mahkamah akan memutuskan mengenai penggunaan dan tempoh hukuman itu untuk mengehadkan atau menghapuskan kehendak seksual.

“Kami harap dapat mewujudkan hukuman ini dalam masa beberapa hari lagi,” kata Menteri Kehakiman, Abdulhamit Gul, menambah kerajaan meletakkan isu itu ke dalam agenda semula.

Turki memperkenalkan langkah mengkasi secara kimia mereka yang disabitkan dengan jenayah seks pada 2016, tetapi mahkamah tertinggi menghentikan pelaksanaannya Ogos lalu, berkata definisi dan hadnya masih samar.

Dalam kes terbaharu yang mencetuskan kemarahan di negara itu, seorang lelaki 20 tahun dituduh menyerang seksual kanak-kanak berusia empat tahun di Adana.

Pendakwa, hari ini menuntut hukuman penjara 66 tahun ke atas lelaki berkenaan selepas serangan di sebuah majlis perkahwinan pada 10 Februari lalu, lapor agensi berita Anadolu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Turki, Bekir Bozdag, berkata suruhanjaya menghalang penderaan kanak-kanak akan ditubuhkan dengan enam menteri termasuk Gul.

“Semua pilihan, semua langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah itu akan dibentangkan,” kata Gul, menambah suruhanjaya itu akan menilai semua langkah. – AFP/BH ONLINE

*Video sekadar hiasan…

Tags: hukumanTurki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

05/11/2026
0

PUCHONG - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman maksimum RM5 juta yang diperuntukkan undang-undang bagi kes penipuan...

3,638 Jam Hukuman Khidmat Masyarakat Hasil Operasi Penguatkuasaan

3,638 Jam Hukuman Khidmat Masyarakat Hasil Operasi Penguatkuasaan

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM467,140 kutipan denda direkodkan, manakala 3,638 jam hukuman khidmat masyarakat dijatuhkan terhadap individu yang disabitkan kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd