• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Menyamar Ejen Bola Sepak

oleh AK-47
21/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis hari ini menahan seorang lelaki yang mendakwa dirinya ejen bola sepak dengan menipu seorang pemain bola sepak melibatkan kerugian berjumlah RM3,000, minggu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek yang berusia 41 tahun ditahan di hadapan rumahnya di Taman Bukit Mentakab, Temerloh dekat sini.

“Suspek didakwa memperdayakan seorang pemain bola sepak warga asing yang kononnya beliau boleh menguruskan mangsa untuk bermain di Sarawak.

“Mangsa didakwa menyerahkan wang RM3,000 kepada suspek di hadapan Maybank di Mentakab bagi tujuan itu, namun tidak menerima sebarang perkembangan menyebabkan mangsa berasa dirinya ditipu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata siasatan juga mendapati tiada tawaran dilakukan Persatuan Bola Sepak Sarawak kepada mangsa.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh untuk memohon perintah tahanan reman esok.

Siasatan dijalankan ​​​​​di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda jika disabitkan kesalahan, katanya. – BERNAMA

Tags: Supt Mohd Wazir Mohd Yusof
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Rugi Lebih RM100K Ditawar Pakej Percutian Tidak Wujud

22/12/2018
0

KUANTAN - Seorang peguam wanita mengalami kerugian RM107,500 selepas diperdaya oleh seorang individu yang menawarkan pakej percutian yang tidak wujud...

Lagi Mangsa Penipuan ‘Jenny’ Tampil Buat Aduan

05/04/2018
0

KUANTAN - Polis Pahang menerima lima lagi aduan penipuan wanita bernama 'Jenny' berhubungan tawaran rumah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd