• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saudi Naik Had Laju Lebuh Raya 140 KM/J

oleh
20/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Pihak berkuasa Arab Saudi mula menaikkan kadar had kelajuan maksimum semua lebuh raya di seluruh negara tersebut meliputi semua jenis kenderaan berkuat kuasa pada Isnin lalu.

Menurut agensi berita rasmi Saudi Press Agency (SPA), yang dipetik portal akhbar tempatan Arab News di sini, had laju baharu untuk kereta dinaikkan kepada 140 kilometer sejam (km/j) berbanding sebelum ini hanya 110 km/j.

Sementara bas pula boleh dipandu laju sehingga mencecah 100 km/j daripada dahulunya cuma 90 km/j manakala semua jenis lori ditetapkan dapat dipecut kepada 80 km/j jika dibandingkan sekadar 70 km/j sahaja sebelum itu.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Perhubungan Awam Arab Saudi, Kolonel Sami Muhammad Al-Shuwairikh memberitahu media bahawa peningkatan itu sejajar dengan tahap kualiti turapan lebuh raya yang lebih baik.

“Segala papan tanda bagi memaklumkan mengenai had laju baharu kebangsaan itu akan dipasang secepat mungkin namun pemandu tetap diberi amaran keras untuk tidak cuba melanggar peraturan tersebut,” jelas beliau lagi.

Bagaimanapun media tempatan melaporkan beberapa laluan utama di negara terbesar rantau Asia Barat itu sudah menyaksikan papan tanda had laju baharu antaranya Riyadh-Taif, Riyadh-Qassim dan lebuh raya ke Makkah.

Pelbagai pihak dilaporkan gembira dengan pengumuman tersebut dan ada menyifatkan ia susulan langkah kerajaan membenarkan wanita memandu kenderaan selain teknologi automotif moden ketika ini dilengkapi enjin canggih.

Pasukan Petugas Khas Bahagian Keselamatan Jalan Raya Arab Saudi dalam pada itu menegaskan, had laju tersebut bukan pula bermakna pemandu bebas sesuka hati boleh memandu sehingga paras maksimum ideal dibenarkan.

Sebaliknya ia sekadar garis panduan umum kerana ada lokasi yang had lajunya masih lagi rendah atas faktor risiko tertentu. Pesalah kes itu boleh dikenakan hukuman denda daripada 300 riyal (RM312) hingga 900 riyal (RM936).

Arab Saudi ketika ini memiliki rangkaian lebuh raya sepanjang keseluruhan 73,000 kilometer meliputi tujuh laluan utama dengan Highway 40 adalah yang paling panjang iaitu sejauh 1,359 kilometer. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab Saudi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd